Sajian pencuci mulut, Chendul Teochew Pulau Pinang kini akan dapat dinikmati oleh penumpang penerbangan tambang murah, AirAsia. Penambahan sajian tersebut ke dalam menunya adalah sebahagian daripada inisiatif Santan, jenama penyedia perkhidmatan dalam penerbangan, untuk mempromosikan jenama dan barangan buatan Malaysia dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
Chendul Teochew Pulau Pinang
Menurut Santan, kerjasama dengan Penang Chendul, jenama terkenal di Jalan Penang sejak tahun 1936, merupakan satu penghormatan yang dapat menawarkan penumpang penerbangan AirAsia menu yang kaya dengan tradisi dan warisan.
Menurut Pengurus Besar Santan, Catherine Goh, “Mengekalkan kualiti dan rasa asli yang sama pada ketinggian 35,000 kaki adalah tanggungjawab yang perlu dipikul dan kami besar hati untuk mengesahkan bahawa rasa Chendul di atas penerbangan adalah sama rasanya dengan yang dijual di Pulau Pinang”.
Hidangan pencuci mulut istimewa tersebut akan dapat dinikmati oleh semua penumbangan penerbangan AirAsia (AK) pada harga RM10.
Produk tempatan dalam penerbangan AirAsia & AirAsia X
Melalui inisiatif yang diberi nama “The Next Big Thing” yang dipaparkan dalam majalah penerbangan terbaharu dalam semua penerbangan AirAsia, bertujuan menonjolkan pelbagai produk keluaran jenama tempatan dan membolehkan para penumpang AirAsia dan AirAsia X menyokong perusahaan tempatan sambil menikmati pengalaman penerbangan mereka.
Antara jenama tempatan pilihan dipromosikan dalam penerbangan AirAsia dan AirAsia X adalah:
- Jovian – Kerjasama unik pereka terkenal Dato Jovian Mandagie menawarkan ciptaan fesyen eksklusif yang dijual dalam penerbangan, termasuk hijab bergaya, beg beli-belah pelbagai fungsi dan wangian mewah
- Petit Moi – Jenama yang menghasilkan produk pakaian kanak-kanak dan dewasa berkualiti tinggi yang menawarkan kemewahan dan keselesaan
- Gigi – Jenama penjagaan gigi yang menawarkan produk 100% vegan, produk yang dirumus dengan kebaikan semula jadi untuk manfaat pergigian yang optimum
- Chuck’s – Jenama kecantikan Malaysia dengan rangkaian produk yang keperluan penjagaan kulit untuk penggemar kecantikan yang memenangi anugerah buatan Korea
- The StreetPaw – Sebuah perusahaan sosial yang membantu haiwan terbiar dengan menjual makanan haiwan. 20% daripada keuntungan yang diperoleh disalurkan kepada agensi perlindungan haiwan
- Legendary Malaysia – Diinspirasikan oleh budaya dan warisan Malaysia, sebuah jenama yang mencipta wangian ikonik
- JYNN’s Malaysia – Jenama kesihatan dan kesejahteraan bertaraf antarabangsa yang memfokuskan kepada makanan suplemen kesihatan
- Owlet – Menawarkan rangkaian wangian premium yang menampilkan bauan yang menceritakan kisah keperibadian dan gaya unggul
- ASK Fragrance – Wangian yang dihasilkan oleh eksekutif kru kabin AirAsia yang telah lama berkhidmat dan sangat popular di laman TikTok, Armand. Reka bentuk botol wangian diinspirasikan oleh pakaian seragam kru kabin AirAsia
- Empro – Menampilkan produk penjagaan kulit, kosmetik, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sulaman dari sebuah syarikat terkemuka dalam industri kesihatan dan kecantikan
- Zus Coffee – Jenama yang mentakrifkan semula kopi dengan menawarkan rangkaian minuman kopi dengan penawaran harga berpatutan
Melalui inisiatif tersebut, Santan berharap ia menjadi platform yang dapat mempamerkan kejayaan pelbagai jenama tempatan, terutamanya semasa produk tempatan telah mula mendapat tempat di hati pengguna masa kini.
Kira bagus jugalah inisiatif Santan itu untuk mempromosikan jenama lokal yang mungkin ramai tidak sedar pun tentang kewujudnya. Jadi pada anda yang bakal menjadi penumpang penerbangan AirAsia dan AirAsia X, bolehlah membeli sambil menyokong produk tempatan. Jangan lupa untuk menikmati cendol terkenal dari Pulau Pinang itu sekali ya!