• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone

  • OLEH Najib
  • 4:38 pm
  • 17/01/2024
  • Komen
Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda sedang mencari tiket penerbangan untuk bercuti atau bekerja? Jika salah satu pilihan anda ialah penerbangan AirAsia, anda harus baca ini dahulu. Sebab harga bagasi tambahan dilihat berbeza mengikut jenis peranti yang digunakan semasa membuat bayaran.

Ramai pengguna berkongsi perkara ini di media sosial, tetapi tiada siapa yang tahu mengapa ia terjadi. Antaranya daripada pengguna X @kaiyumi42 yang berkongsi tangkap layar yang menunjukkan bayaran bagasi tambahan (add-on baggage), yang berbeza apabila tempahan dibuat di telefon Honor X9, komputer Windows dan juga iPhone.



KANTOI !!! Ada Netizen mendapati terdapat harga CAJ menambah bagasi yg berbeza dalam talian berdasarkan jenama telefon mudah alih.

Menggunakan iPhone untuk membeli bagasi adalah yang TER-Paling mahal. pic.twitter.com/CXftlBZpaO

— Yumi 🕊 (@kaiyumi42) January 16, 2024

Daripada penemuan berikut, harga di iPhone adalah paling mahal iaitu hampir RM20 berbeza dengan harga di telefon Honor X9.

Di TikTok pula, pengguna @aurizn berkongsi video tentang penemuan yang serupa. Dia cuba membuat carian dan menambah bagasi untuk penerbangan yang sama. Apa yang ditemuinya, harga di iPhone lebih mahal berbanding harga di telefon Android atau komputer Windows.



@aurizn

AirAsia love iPhone users 🥹 #tiktokmalaysia

♬ original sound – aurizn – aurizn

Kami cuba sendiri, keputusannya mengejutkan

Selepas melihat ramai berkongsi perkara ini, kami di SoyaCincau mencuba sendiri untuk melihat, benarkah ada perbezaan untuk penerbangan yang sama, tetapi harga bagasi yang berlainan? Kami menggunakan telefon dan tablet Android, iPhone serta komputer Windows.

Keputusannya agak mengejutkan kerana harga di iPhone bukanlah paling mahal.

Dari 4 peranti yang kami buat carian bagi penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Alor Setar mendapati, harga bagasi 15kg di telefon Oppo paling murah iaitu RM27.20 diikuti komputer Windows iaitu RM35.20. Manakala harga di iPhone dan tablet Samsung berkongsi tempat termahal iaitu RM42.24. Sebenarnya, agak menakjubkan kerana iPhone dan Samsung menunjukkan harga yang sama, tidak berbeza sesen pun.

Ada yang mengandaikan Apple mengenakan cak komisen AppStore setinggi 30% untuk pembelian dalam aplikasi, tetapi perbezaan itu tidak dapat disahkan kepada peranti Android. Malah, dalam beberapa carian penerbangan lain, harga bagasi di iPhone lebih murah berbanding platform lain. Pendek kata, ia tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah.

Kami telah menghubungi pihak AirAsia untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara ini. Tetaip buat masa sekarang, jika anda sedang mencari harga termurah untuk tambahan bagasi di dalam penerbangan AirAsia, lebih baik membuat tempahan menggunakan telefon Android.

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia hidang Cendol & pelbagai pilihan makanan tempatan dalam penerbangannya
  • Dari RM298 sehala terbang ke Sabah dan Sarawak dengan AirAsia sempena Tahun Baru Cina
  • AirAsia Digital kini adalah Move, aplikasi SuperApp akan diubah nama kepada AirAsia Move
Tags: AirAsiaandroidiOSiphonewindows
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone

Mengejutkan! Harga AirAsia di Android lagi murah dari iPhone

17 January 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN