• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Galaxy S24 laku keras, Samsung unjur penjualan lebih 36 juta unit untuk 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:27 pm
  • 26/01/2024
  • Komen
Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Samsung Galaxy S24 dilaporkan laku keras di Korea Selatan. Sekitar 1.2 juta unit siri S24 Ultra telah ditempah lantas memecah rekod tempahan awal siri Galaxy S23 tahun lalu 1.09 juta dan Galaxy S22 tahun 2022 1.02 juta. Malahan, siri kali ini juga diunjur bakal memecah takat 36 juta jualan global untuk tahun pertama pelancaran.

Kali terakhir Samsung mencatatkan angka sebegitu adalah sewaktu siri Galaxy S10 dalam tahun 2019. Siri Galaxy selepas itu mencatatkan jualan tahunan seperti berikut:



  • Siri Galaxy S20 – 25.4 juta unit
  • Siri Galaxy S21 – 24.3 juta unit
  • Siri Galaxy S22 – 23.8 juta unit
  • Siri Galaxy S23 – 29.0 juta unit

Teknologi AI mungkin menjadi mangkin kepada betapa lakunya siri Galaxy S24 pada tahun ini. Ada pelbagai fungsi AI dimasukkan seperti AI Call Assist, AI Note Assist, AI Photo Editing, dan banyak lagi bagi memberikan cara guna baharu kepada telefon ini. Daripada segi fizikal, tidaklah berlaku perubahan besar yang menjadikan orang nak sangat dapatkannya.

Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24



Samsung Galaxy S24 dan Galaxy S24+: Diperkasa fungsi pintar Galaxy AI dan dijamin terima Android 21

Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?

Harga Galaxy S24 naik, tiada lagi storan 128GB

Secara ringkas, harga untuk semua model Galaxy S24 di Malaysia lebih tinggi berbanding siri Galaxy S23 ketika dilancarkan tahun lepas. Bagaimanapun, Samsung tidak lagi menyediakan storan 128GB kali ini, menjadikan harga terendah jauh lebih mahal.

Berikut adalah harga siri Galaxy S24 di Malaysia:

  • Galaxy S24 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM4,099
  • Galaxy S24 (RAM 8GB + Storan 512GB) – RM4,599
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,899
  • Galaxy S24+ (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM5,399
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM6,299
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM6,799
  • Galaxy S24 Ultra (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM7,799

Sebenarnya, untuk Galaxy S24 harganya lebih murah kerana harga storan 256GB hanya RM4,099 sahaja berbanding RM4,199 untuk Galaxy S23 256GB. Tetapi untuk Galaxy S24+, ia naik RM200 berbanding Galaxy S23+.

Tetapi kenaikan harga Galaxy S24 Ultra lebih parah kerana ia naik RM600 untuk semua storan berbanding Galaxy S23 Ultra. Jika dahulu Galaxy S23 Ultra boleh dibeli di bawah RM6,000, sekarang harganya bermula dari RM6,299.

Sumber: Etnews

Tags: androidsamsungsamsung galaxySamsung Galaxy S24Samsung Galaxy S24 Ultrasamsung galaxy s24+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Ada apa dengan Galaxy AI? Ini perkara menarik tentang ciri baharu di siri Samsung Galaxy S24

Siri Galaxy S24 laku keras, Samsung unjur penjualan lebih 36 juta unit untuk 2024

26 January 2024
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN