• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM mengaku ada lakukan sesuatu dengan DNS pengguna Internet Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:40 am
  • 09/08/2024
  • Komen
Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Tular beberapa hari lalu yang penyedia perkhidmatan Internet (ISP) dikesan menguatkuasakan Transparent DNS Proxy untuk menghala semula trafik Domain Name System (DNS) ke pelayan yang memenuhi piawaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kini, pihak SKMM telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut.

SKMM seru untuk tidak bypass DNS

Menurut SKMM, mereka bekerja rapat dengan ISP untuk melindungi rakyat khususnya golongan yang terdedah kepada kemudaratan dalam talian. Salah satu langkah yang diambil adalah aspek pengurusan DNS. TIndakan ini katanya selaras dengan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Mereka turut mengatakan yang usaha ini memerlukan pendekatan holistik seluruh negara dan menyeru rakyat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti melangkau (bypass) lantas menghampakan mekanisme perlindungan tersedia dan seterusnya boleh memberi kesa negatif kepada diri serta keluarga, khususnya remaja dan kanak-kanak.

SKMM sekat 10,423 laman web berbahaya

Berdasarkan statistik SKMM daripada 1 Januari 2022 hingga 1 Ogos 2024, sebanyak 10,423 laman web telah disekat kerana didapati melanggar undang-undang. Sebanyak 5 kategori laman web telah dikenal pasti seperti:



  • Perjudian dalam talian
  • Pornografi dalam talian
  • Pelanggaran hak cipta dalam talian
  • Scam / Pelaburan haram dalam talian
  • Pelacuran dalam talian

Pengurusan DNS serampang dua mata

Sebagai “buku direktori” Internet, DNS digunakan oleh semua pengguna Internet untuk mengakses laman web yang diingini. Perlindungan yang dimaksudkan pihak berkuasa adalah dengan melabelkan sesetengah laman web dalam direktori ini sebagai berbahaya dan menghalan akses kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, ia berpotensi untuk disalah guna oleh pihak yang berkepentingan. Contohnya, pihak tidak bertanggungjawab boleh mendiamkan kritik yang boleh menggugatkan pengaruh sesuatu pihak dengan turut melabelkan sesuatu laman web yang tidak ada kena mengena dengan 5 kategori laman web yang menggugat keselamatan tadi.

Bacaan berkaitan

Lesen media sosial: Ini keperluan yang ditetapkan SKMM

Buli siber hingga melibatkan kematian, SKMM akhirnya buka mata?

SKMM turunkan 1,454 kandungan 3R dalam suku 1 2024 sahaja

Tags: DNSSKMM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sudah empat bulan, di mana janji pengurangan harga jalur lebar di Malaysia?

SKMM mengaku ada lakukan sesuatu dengan DNS pengguna Internet Malaysia

9 August 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN