• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A5s perkenal telefon pintar skrin besar, bateri mega dan dwi-kamera di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 1:35 pm
  • 20/05/2019
  • Komen
Oppo A5s perkenal telefon pintar skrin besar, bateri mega dan dwi-kamera di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama tak kedengaran telefon pintar bajet dari Oppo. Kini mereka memperkenalkan satu model baru di bawah harga RM600, Oppo A5s. Julat harga ini boleh dikatakan sangat popular tahun ini kerana hampir semua jenama memperkenalkan peranti dengan harga ini.

Oppo A5s diumumkan berharga RM599 di Malaysia. Ia menampilkan skrin besar, dwi-kamera belakang dan bateri mega.



Skrin Oppo A5s sebesar 6.2-inci dengan takuk kecil di atas. Resolusinya hanya HD+ 1520×720. Badan belakangnya menggunakan kemasan seperti cermin dengan lengkung 3D di keempat-empat sisi.

Di dalam, ia dikuasakan pemproses Mediatek 6765 berkelajuan 2.3Ghz, bersama RAM 3GB dan storan 32GB. Kad mikroSD dalam slot tersendiri boleh dimasukkan untuk meluaskan lagi storan.



Kamera di belakang menggandingkan lensa 13MP+2MP berkebolehan menangkap gambar bokeh. Manakala kamera hadapannya menggunakan lensa 8MP F2.0 dilengkapi mod AI Beautification. Ia juga dipasang pengimbas capjari di belakang yang pantas, dimaklumkan boleh dibuka kunci sepantas 0.08 saat.

Bateri besar 4,230mAh memberi tenaga kepada Oppo A5s dan ia dicas melalui port mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi ColorOS 5.2.1 berasaskan Android 8.1 Oreo.

Di Malaysia, Oppo A5s ditawarkan dalam dua warna iaitu Hitam dan Merah. Ia boleh dibeli pada harga RM599 sahaja. Dalam harga ini, model lain yang turut menawarkan spesifikasi hampir sama ialah Honor 8C, Nokia 4.2, Realme 3, Vivo Y93, Xiaomi Redmi 7 dan Huawei Y7 Pro.

Tags: oppoOppo A5s
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A5s perkenal telefon pintar skrin besar, bateri mega dan dwi-kamera di bawah RM600

Oppo A5s perkenal telefon pintar skrin besar, bateri mega dan dwi-kamera di bawah RM600

20 May 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN