• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nex.life meluaskan liputan ke hampir seluruh Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:24 pm
  • 19/06/2019
  • Komen
Nex.life meluaskan liputan ke hampir seluruh Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Nex.life merupakan penyedia internet 2-dalam-1, memberikan internet jalur lebar tetap dan internet mudah alih 4G LTE dalam satu pelan kepada pengguna. Ia pertama kali diperkenalkan awal tahun ini meliputi Kelantan dan Terengganu, dan pada April memasuki Lembah Klang.

Kini Nex.life mengumumkan perkhidmatan mereka meliputi seluruh Malaysia. Tetapi hanya di Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.



Orang ramai boleh menyemak liputan jalur lebar tetap Nex.life di laman ini. Kami percaya, kawasan liputan Nex.life adalah sama seperti Unifi. Jadi, di mana ada Unifi, maka ada peluang tinggi Nex.life juga terdapat di sana.

Baru-baru ini Nex.life mengumumkan naik taraf kelajuan jalur lebar tetap mereka dari 20Mbps kepada 30Mbps.



Nex.Life menyediakan pakej internet 2-dalam-1 tanpa had kuota, iaitu talian mudah alih dan jalur lebar tetap pada kadar RM100/bulan. Anak syarikat Webe Digital ini menggunakan rangkaian TM HSBB dan menawarkan kontrak lebih pendek, hanya selama 12-bulan. Bagaimanapun, tiada router diberikan dan pengguna perlu membelinya sendiri untuk menggunakan jalur lebar tetap di rumah.

Untuk talian mudahalih, ia diberikan kuota tanpa had untuk 4G LTE sahaja. Bagi rangkaian 3G, terdapat kuota bulanan sebanyak 500MB. Jika tidak cukup, kuota tambahan boleh dibeli dari RM15 untuk 1GB. Untuk panggilan dan SMS, pengguna dicaj 20sen/minit dan 15sen untuk setiap SMS.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.nexlife.com.my.

Tags: Nex.Life
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Nex.life meluaskan liputan ke hampir seluruh Malaysia

Nex.life meluaskan liputan ke hampir seluruh Malaysia

19 June 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER