• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

WhatsApp di KaiOS kini sedia digunakan di Nokia 8110

  • OLEH Najib
  • 9:21 am
  • 24/07/2019
  • Komen
WhatsApp di KaiOS kini sedia digunakan di Nokia 8110
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna telefon mudahalih asas kini boleh menggunakan aplikasi permesejan popular, WhatsApp jika telefon tersebut menjalankan sistem operasi KaiOS. WhatsApp kini sedia dimuat turun menerusi KaiStore untuk peranti KaiOS dengan RAM sekurangnya 256MB.

WhatsApp di KaiOS menyokong fungsi permesejan dan panggilan, termasuk enkripsi hujung-ke-hujung seperti di Android dan iOS.



We’re excited to announce that @WhatsApp is now available in the KaiStore, connecting friends and family through KaiOS-powered #SmartFeaturePhones using both 256MB and 512MB of RAM! https://t.co/pUnxKmWNk7 pic.twitter.com/G90AXNqtvB

— KaiOS Technologies (@KaiOStech) July 22, 2019

Sebelum ini, WhatsApp di KaiOS diperkenalkan di telefon JioPhone di India, dan telah diuji pada telefon Nokia 8110 juga di India. Hari ini ia boleh digunakan di seluruh dunia.

Terdapat 7 model telefon yang menggunakan KaiOS buat masa ini iaitu Cat B35, Doro 7060, JioPhone (Reliance Jio), JioPhone 2 (Reliance Jio), MTN Smart, Nokia 8110 (HMD Global), dan Orange Sanza.



Ciri-ciri Nokia 8110 yang asli

Di peringkat antarabangsa, Nokia 8110 merupakan telefon mudahalih yang boleh didapati dengan mudah. Ia menawarkan fungsi telefon mudahalih asas dengan kos rendah dan bateri yang tahan lama. Malah tidak perlu pening dengan pilihan aplikasi yang pelbagai di telefon pintar.

WhatsApp kini seperti sudah menjadi keperluan dalam komunikasi. Malah dengan antaramuka yang mudah, ia bersesuaian untuk digunakan di telefon mudahalalih asas seperti KaiOS.

KaiOS ialah sebuah sistem operasi yang amat ringan, tercipta dari idea Firefox OS yang diabaikan. Ia kemudiannya menerima dana dari Google dan dilengkapi dengan beberapa perkhidmatan Google di KaiOS seperti Assistant, Maps, YouTube dan Search.

Sumber: The Verge

Tags: KaiOS
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp di KaiOS kini sedia digunakan di Nokia 8110

WhatsApp di KaiOS kini sedia digunakan di Nokia 8110

24 July 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER