• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Empat apa akan tiba tidak lama lagi?

  • OLEH Najib
  • 12:45 pm
  • 26/07/2019
  • Komen
Xiaomi Empat apa akan tiba tidak lama lagi?
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia hari ini telah memuat naik gambar petunjuk tentang produk baru mereka yang akan datang tidak lama lagi. Gambar tersebut menunjukkan tangan dengan jari melambangkan nombor satu, dua, tiga dan empat.

Jika diteliti, pada setiap tangan tersebut terdapatnya Mi Band asal pada jari 1, Mi band 2 pada jari 2 dan Mi Band 3 di jari 3. Manakala tangan dengan jari 4, gambar Mi Bandnya dikaburkan.



#MoreThanPhones#Xiaomi pic.twitter.com/76doTSQr0Z

— Xiaomi Malaysia (@XiaomiMalaysia) July 26, 2019

Ini sangat mudah untuk dirungkai. Ia membawa maksud, Mi Band 4 akan tiba ke Malaysia selepas ini. Tetapi bila?

Minggu lepas, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan akan melancarkan telefon pintar Android One terbaru mereka, Mi A3 tidak lama lagi. Pelancaran Mi A3 akan diadakan minggu depan, pada 31 Julai 2019.



Kemungkinan besar, Xiaomi Malaysia akan menggunakan pentas yang sama untuk melancarkan Mi Band 4 di Malaysia. Jadi anda boleh bersiap sedia menunggu pengumuman tarikh jualan dan harga Mi Band 4 pada 31 Julai nanti.

Mi Band 4 kini hadir dengan paparan yang lebih besar, seluas 0.95-inci dan paparannya kini menggunakan panel AMOLED yang lebih terang serta dilapisi kaca terbaja untuk lebih keselamatan. Ia juga kalis air 5 ATM yang membolehkannya dibawa bersama ke dalam kolam renang.

Sambungan wayarles padanya dinaik taraf ke Bluetooth v5.0 BLE, meningkatkan kecekapan bateri dan menambah baik jarak sambungan maksimum dengan telefon. Baterinya masih tahan lama, sehingga 20 hari dengan sekali pengecasan.

Untuk perbandingan, Stor Xiaomi Global di Shopee telah menjual set import Mi Band 4 pada harga RM149. Dijangka harga rasmi Mi Band 4 di Malaysia juga tidak jauh dari harga ini.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, sila tonton video buka kotak Mi Band 4 kami di bawah ini.

Tags: Mi Band 4xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi Empat apa akan tiba tidak lama lagi?

Xiaomi Empat apa akan tiba tidak lama lagi?

26 July 2019
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN