• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Band 5 Sport Edition pembantu kecergasan yang lebih ringan dan murah

  • OLEH Najib
  • 3:15 pm
  • 24/10/2019
  • Komen
Honor Band 5 Sport Edition pembantu kecergasan yang lebih ringan dan murah
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat kecergasan yang mencari gelang pintar kecergasan yang ringan, murah dan mudah digunakan, boleh mendapatkan peranti terbaru ini, Honor Band 5 Sport Edition. Ia akan dijual di Malaysia bermula 11 November 2019, dengan harga yang sangat mampu milik. Hanya RM79 sahaja.

Tetapi ia boleh dibeli lebih murah dari itu. Gelang kecergasan ini akan dibuka tempahan awalnya secara eksklusif di Lazada, pada harga RM69 sahaja. Diskaun sebanyak RM10. Tempahan awal ini akan dibuka dari 28 Oktober sehingga 10 November 2019.



Honor Band 5 Sport Edition ini merupakan pengganti kepada Honor Band 4 Running Edition yang dilancarkan awal tahun ini. Beberapa fungsi khas yang terdapat pada gelang kecergasan ini adalah seperti Workout Form Guidance, Basketball Mode dan Professional Running Guide. Ia mengesan pergerakan pengguna melalui sensor 6-paksi yang terpasang di dalamnya.

Selain itu, peranti ini juga kalis air sehingga 50 meter dalam. Ia menawarkan tenaga bateri sehingga 14 hari dan turut boleh dipadankan dengan telefon pintar.



Antara pembaharuan yang terdapat pada Honor Band 5 Sport Edition kali ini adalah talinya diperbuat dari bahan mesra alam. Ia menggunakan plastik kitar semula dengan pilihan warna pelbagai.

Jika berminat, jangan lupa untuk menempahnya di Lazada bermula dari 28 Oktober sehingga 10 November, bagi mendapatkan harga diskaun.

Tags: honorhonor band 5Honor Band 5 Sport Edition
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Honor Band 5 Sport Edition pembantu kecergasan yang lebih ringan dan murah

Honor Band 5 Sport Edition pembantu kecergasan yang lebih ringan dan murah

24 October 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER