• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Red Magic 5G, Telefon Gaming Yang Ada Kipas Berputar Dalam Badannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:45 pm
  • 13/03/2020
  • Komen
Nubia Red Magic 5G, Telefon Gaming Yang Ada Kipas Berputar Dalam Badannya
Share on FacebookShare on Twitter

Bunyinya tak masuk akal, tapi memang telefon gaming terbaru Nubia Red Magic 5G ini hadir dengan penyejukan aktif dalam badan langsingnya. Itulah ciri unik pada telefon yang disasarkan pada golongan gamers yang hardcore. Ia berputar pada kelajuan sehingga 15 ribu kali seminit untuk menyejukkan komponen SoC sehingga 18 darjah Celsius.

Ia penting sebab atas papan utamanya ada Snapdragon 865, cipset paling berkuasa Qualcomm setakat ini yang pastinya akan dilanyak habis-habisan oleh penggunanya untuk bermain games. Menemani CPU tersebut ialah RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan UFS 3.0 sehingga 256GB luasnya.



Lagi tentang specs gaming, bahagian muka telefon ini ada panel paparan OLED sebesar 6.65” FHD+ dengan kadar segar semula setinggi 144Hz, antara yang tertinggi dalam telefon pintar setakat ini.

Pada sudut bateri, telefon ini dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh. Menurut laman rasminya, ia dicas pantas melalui pengecasan 55W. Maka, ura-ura pengecasan 80W yang dimiliknya kini sudah jadi tidak benar.



Telefon Gaming Nubia Seterusnya Akan Ada Pengecas 80W?

Di jabatan pengimejan, ia menggunakan konfigurasi trikamera belakang yang menggabungkan kamera 64MP, 8MP (ultralebar), dan 2mP (makro). Anda boleh mengambil selfie menggunakan kamera 8MP.

Seperti Asus ROG Phone, telefon ini pun ada butang bahu yang boleh bertindak sebagai butang picu.

Nubia Red Magic 5G dijual dalam beberapa varian dan pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB3,799 (RM2,329)
  • RAM 12GB + storan 128GB – RMB4,099 (RM2,513)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB4,399 (RM2,697)
  • RAM 16GB + storan 256GB  – RMB4,999 (RM3,056)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB4,599 (edisi lutsinar) (RM2,819)
  • RAM 16GB + storan 256GB – RMB5,199 (edisi lutsinar) (RM3,187)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: Nubianubia red magicnubia red magic 5g
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nubia Red Magic 5G, Telefon Gaming Yang Ada Kipas Berputar Dalam Badannya

Nubia Red Magic 5G, Telefon Gaming Yang Ada Kipas Berputar Dalam Badannya

13 March 2020
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026
Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

Pemanas air segera Rubine ini cuma 45mm tebal, rekod paling nipis di Malaysia

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN