• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TM pasang EWAR di MAEPS, permudah urusan kesan suhu 15 orang sekaligus

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:16 pm
  • 29/04/2020
  • Komen
TM pasang EWAR di MAEPS, permudah urusan kesan suhu 15 orang sekaligus
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan penghasilan peralatan inovatif yang dikenali sebagai Early Warning, Alert & Response (EWAR), Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memasang kamera terma itu di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Inovasi yang dibangunkan oleh TM Research & Development (TM R&D) itu, berupaya mengukur dan mengesan individu mempunyai suhu badan yang tinggi di tempat tumpuan ramai.



Ketua Pegawai Eksekutif TM R&D, Dr Sharlene Thiagarajah berkata pemasangan kamera terma COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, MAEPS akan membantu memudahkan urusan pasukan perubatan dan barisan hadapan untuk melakukan saringan tanpa sentuhan sekali gus meningkatkan kecekapan operasi di pusat berkenaan. 

Ia juga boleh dikendalikan dan boleh dipantau oleh jumlah petugas yang minimum. Oleh yang demikian, pasukan perubatan boleh memberi tumpuan untuk memberikan rawatan yang diperlukan kepada para penghuni di pusat tersebut.



EWAR juga telah dibangunkan dengan fungsi ketepatan lebih tinggi berbanding alat pengesanan termometer biasa. Hal ini menjadikan proses saringan lebih efektif dan tidak memerlukan proses berulang kali untuk melakukan saringan. Ia berupaya mengesan suhu badan antara 10 ke 15 orang individu sesaat secara serentak.

Sementara itu, Dr. Md Anuar Abd Samad @ Mahmood, Pengarah Pusat Kuarantin bagi COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS berkata, pemasangan EWAR amat bertepatan dengan keperluan semasa di pusat itu dalam usaha untuk mengekang wabak COVID-19.

Untuk maklumat lanjut tentang EWAR boleh rujuk artikel sebelum ini atau ke laman web TM R&D.

Selaian Di pusat kuarantin, EWAR perlu dipasang di pasaraya juga. Mungkin ia boleh bantu untuk pantau suhu badan pelanggan dan pada masa sama tak perlu nak kesan suhu seroang demi seorang.

Tags: COVID-19EWARTM
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
TM pasang EWAR di MAEPS, permudah urusan kesan suhu 15 orang sekaligus

TM pasang EWAR di MAEPS, permudah urusan kesan suhu 15 orang sekaligus

29 April 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN