• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiga gajet pintar Honor akan dilancarkan selepas Hari Raya

  • OLEH Najib
  • 4:44 pm
  • 20/05/2020
  • Komen
Tiga gajet pintar Honor akan dilancarkan selepas Hari Raya
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami jangka sebelum ini, telefon pintar baharu Honor yang akan datang ke Malaysia tidak lama lagi ialah Honor 9X Lite. Tarikh pelancarannya juga telah ditetapkan selepas Hari Raya, pada 27 Mei 2020.

Honor Malaysia juga akan melancarkan dua lagi produk baru mereka di samping Honor 9X Lite. Produk tersebut ialah fon kepala TWS, Honor Magic Earbuds serta penimbang berat, Honor Scale 2. Ia sebagai usaha Honor untuk meluaskan lagi ekosistem produk mereka di Malaysia.



Honor 9X Lite

Dari laman Honor AED, Honor 9X Lite dilihat menyokong penggunaan aplikasi Google. Ini kerana ia menggunakan perkakas lama seperti cip Kirin 710F, RAM 4GB dan storan 128GB. Baterinya dilihat kecil, berkapasiti 3,750mAh dan mengecas melalui mikroUSB. Ia menjalankan sistem operasi EMUI 9.1 berasaskan Android 9.0 Pie.

Kamera belakangnya gabungan kamera utama 48MP F1.8 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapannya pula 8MP F2.0, terletak di dalam takuk yang agak besar di atas skrin.



Honor Magic EarBuds

Manakala Magic EarBuds adalah fon kepala TWS Honor yang datang dengan penyaring hingar (Noise Cancelling) hibrid. Ia dikatakan memiliki penyaring hingar yang setara atau lebih baik dari Apple AirPods Pro and Sony WF-1000XM3 dalam beberapa situasi.

Dengan sekali pengecasan, ia boleh digunakan sehingga 3.5 jam bermain muzik. Manakala case pengecasnya boleh memberikan sehingga 13 jam masa bermain muzik. Di Eropah, ia telah dijual pada harga EUR129 (~RM614), tetapi pasti harganya di Malaysia kelak lebih murah.

Honor Scale 2

Penimbang berat Honor Scale 2 pula adalah model yagn dikemaskini, dengan rekaan baru. Ia boleh menimbang sehingga 14 jenis komposisi badan seperti berat badan, BMI, peratus lemak, BMR, jisim otot, jisim tulang, peratus air badan dan banyak lagi. Ia juga boleh menyimpan maklumat untuk 50 individu yang berbeza.

Honor Scale 2 boleh berhubung dengan telefon pintar menggunakan Bluetooth 4.2 dan WiFi 2.4Ghz. Ia menggunakan tiga bateri AAA untuk dikuasakan. Memandangkan model pertama Honor Scale dijual di Malaysia pada harga RM149, model yang baru ini mungkin akan dikenakan tanda harga yang sama.

Sama-sama kita nantikan majlis pelancaran ketiga-tiga produk baru Honor ini pada 27 Mei.

Tags: honorHonor 9X LiteHonor Magic EarbudsHonor Scale 2
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Tiga gajet pintar Honor akan dilancarkan selepas Hari Raya

Tiga gajet pintar Honor akan dilancarkan selepas Hari Raya

20 May 2020
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER