• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi 11 tidak akan datang bersama pengecas di dalam kotak

  • OLEH Najib
  • 3:13 pm
  • 26/12/2020
  • Komen
Mi 11 tidak akan datang bersama pengecas di dalam kotak
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi nampaknya akan menjadi pengikut pertama Apple dalam menyelamatkan bumi dan alam sekitar apabila memperlihatkan kotak untuk peranti flagship mereka yang akan datang, Mi 11 yang lebih nipis dari biasa. Ketebalan kotak Mi 11 ini tidak ubah seperti kotak iPhone 12, yang tiada kepala pengecas di dalamnya.

Perkara ini dikongsi oleh CEO Xiaomi, Lei Jun di laman sosial weibo beliau. Beliau menjelaskan, ia adalah keputusan besar yang diambil oleh Xiaomi untuk tidak memberi pengecas di dalam kotak, sebagai satu usaha untuk kelestarian alam sekitar.



Tambah Lei Jun, hampir semua orang kini memiliki beberapa kepala pengecas yang tidak digunakan dan ia akhirnya terbuang begitu sahaja. Beliau memahami bahawa tidak semua gembira dengan keputusan ini dan akan menjelaskan dengan lebih terperinci tentangnya di majlis pelancaran Mi 11, yang akan diadakan pada 28 Disember 2020.

Sebelum itu, mungkin Xiaomi boleh menjelaskan tentang tiada perkara yang tertinggal di dalam kotak Mi 10T Pro ini.



https://twitter.com/Xiaomi/status/1316299756260352006

Xiaomi telah diketahui sejak sekian lama, tidak pernah memberikan fon telinga di dalam kotak. Ini sebagai usaha mereka mengurangkan kos jualan. Tetapi Xiaomi ada menjual banyak jenis produk audio berwayar dan wayarles, yang boleh dibeli dengan harga agak murah.

Nampak gayanya, di dalam kotak Mi 11 nanti akan ada telefon dan kabel USB-C sahaja. Adakah Xiaomi akan mempromosikan pengecasan pantas mencecah 100W di Mi 11, tanpa kepala pengecas? Sudah pasti ia boleh dilakukan, kerana mereka juga tidak memberikan pad pengecas wayarles walaupun berbangga memiliki pengecas wayarles terpantas di Mi 10 dulu.

Dari gambar kotak yang dikongsi Lei Jun ini juga, tertera beberapa spesifikasi berkenaan Mi 11. Ia akan memiliki kamera utama 108MP, skrin Super AMOLED yang menyokong HDR10+, serta sistem bunyi oleh Harman Kardon, dipercayai sistem bunyi stereo.

Selain itu, Mi 11 akan menjadi telefon pintar pertama di dunia dikuasakan pemproses terbaru Qualcomm, Snapdragon 888 yang dibina dari proses 5nm.

Teringat waktu dahulu semasa Apple mengambil keputusan membuang jek audio 3.5mm, ramai pengeluar telah mentertawakannya tetapi kini telah mengikut jejak langkah yang sama. Begitu juga apabila Apple mengumumkan iPhone 12 tiada lagi pengecas di dalam kotak, begitu banyak suara sumbang yang mengejek langkah Apple. Nampaknya Apple boleh mentertawakan mereka semula nanti.

[Sumber: weibo 1, weibo 2]

Bacaan Berkaitan

Samsung Galaxy S21 dijangka tiada pengecas dan fon telinga di dalam kotak
Huawei juga mahu ikut jejak Apple melindungi alam sekitar
Semua iPhone tiada lagi pengecas dan EarPods, ini harga ia dijual di Malaysia
Tags: xiaomiXiaomi Mi 11
Najib

Najib

POPULAR

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Mi 11 tidak akan datang bersama pengecas di dalam kotak

Mi 11 tidak akan datang bersama pengecas di dalam kotak

26 December 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN