• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gambar terbocor Oppo Find X3 Pro tonjol kehebatan kameranya

  • OLEH Najib
  • 1:14 pm
  • 05/02/2021
  • Komen
Gambar terbocor Oppo Find X3 Pro tonjol kehebatan kameranya
Share on FacebookShare on Twitter

Find X adalah siri telefon pintar flagship paling berkuasa dari Oppo. Tahun ini, Oppo dijangka akan melancarkan generasi ketiganya, Oppo Find X3 tidak lama lagi. Buat masa ini, masih tiada tarikh atau petunjuk bilakah ia akan dilancarkan.

Tetapi sudah terdapat berita terbocor tentangnya yang menampilkan rupa sebenar dan menjelaskan spesifikasi Oppo Find X3 Pro, dibawakan oleh pembocor berita terkenal, Evan Blass. Menurut Evan, terdapat 3 model akan diperkenal di bawah siri Find X3 iaitu Find X3 Pro, Find X3 Neo dan Find X3 Lite. Bagaimanapun, Find X3 Lite akan diperkenal sebagai Oppo Reno 5 di beberapa negara, dan kita telah melihatnya dilancar di Malaysia.



Find X3 Neo, Find X3 Pro dan Find X3 Lite

Tarikan utama sudah pasti pada model terhebat dalam siri ini, Find X3 Pro. Satu perkara yang telah disahkan Oppo ialah, Find X3 Pro akan dikuasakan cip terbaik Qualcomm, Snapdragon 888.

Evan telah berkongsi gambar Oppo Find X3 Pro yang dikatakan rasmi. Dapat dilihat ia memiliki rekaan kamera belakang yang agak unik. Modul kamera belakang ini empat segi tetapi bonjolnya tidak rata.



Kamera ini akan menggunakan sensor Sony IMX766 50MP bagi kamera utama dan ultra lebar. Inovasi baru akan dapat dilihat pada kamera makro 3MP. Ia boleh mengezum 25x dan memiliki lampu bulat di lensa. Kamera makro ini akan diiklankan untuk penggunaan seperti mikroskop. Kamera telefoto pula kekal dengan sensor 13MP berkeupayaan zum optikal 2x, seperti di Find X2 Pro.

Skrin hadapan pula melengkung di sisi dan ia menggunakan lubang kecil untuk kamera hadapan. Skrin ini dikatakan berukuran 6.7-inci dengan resolusi QuadHD, bersama kadar penyegaran dari 10Hz hingga 120Hz.

Selain itu, Find X3 Pro akan dilengkapi bateri berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 2.0 65W, serta pengecas wayarles VOOC Air 30W. Ia juga memiliki dwi-antena NFC, membolehkan NFC diimbas menggunakan skrin hadapan dan belakang telefon.

Adakah Oppo Find X3 Pro akan menjadikannya telefon pintar terbaik 2021? Kita kena nantikan pengumuman rasmi dari Oppo tentang pelancarannya.

[Sumber: @Evleaks]

Bacaan Berkaitan

Telefon Pintar Terbaik Sepanjang Tahun 2020 di Malaysia
Oppo Reno5 Pro 5G & Reno 5 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Harga Oppo Find X2 Pro di Malaysia masih lebih murah dari Galaxy S20 Ultra
Tags: oppoOppo Find X3Oppo Find X3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Gambar terbocor Oppo Find X3 Pro tonjol kehebatan kameranya

Gambar terbocor Oppo Find X3 Pro tonjol kehebatan kameranya

5 February 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN