• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Cuba cara ini jika aplikasi Google di Android anda tidak boleh diguna

  • OLEH Najib
  • 10:20 am
  • 23/06/2021
  • Komen
Cuba cara ini jika aplikasi Google di Android anda tidak boleh diguna
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam 24 jam lepas, ramai pengguna melaporkan aplikasi Google di dalam telefon pintar Android mereka tidak boleh digunakan. Malah, ia juga menjadi sohor di Twitter dengan carian “Google App Crash”.

Suddenly Google app has started crashing on my new pixel 4a @Google @GoogleIndia #google pic.twitter.com/WbR5Eln8Dm

— Ashwin (@ashWINsrao) June 22, 2021

Masalah ini dilihat timbul selepas kemaskini terbaru aplikasi Google. Ada yang menyatakan mereka mengemaskini ke versi 12.23.16.23.arm64 dan 12.22.8.23. Nombor versi ini dilihat berbeza mengikut negara.



Perkara ini diakui dan disahkan oleh Google menerusi ciapan di akaun twitter rasmi Android. Mereka kini sedang membaiki masalah ini dan meminta maaf kepada pengguna atas kesulitan yang dihadapi.

We're aware that the Google App on Android is not functioning as expected for some people. We are currently working to fix the problem and apologize for any inconvenience. In the meantime, please try these steps: https://t.co/KxzrJ1NRp7

— Android (@Android) June 23, 2021

Sementara itu, pengguna dinasihatkan untuk mengguna penyelesaian sementara yang dicadang oleh Android sendiri. Caranya adalah seperti berikut:



  1. Lancar aplikasi “Setting” telefon anda
  2. Pergi ke “App & notifications”
  3. Pilih “See all apps”
  4. Cari dan tekan pada Google di dalam senarai aplikasi (atau gunakan fungsi carian Search di atas kanan)
  5. Pilih “Storage & cache”
  6. Pilih “Clear storage” atau “Manage space”
  7. Pilih “CLEAR ALL DATA”

Cara ini juga akan menetapkan semula beberapa tetapan di dalam aplikasi Google. Sila semak semula perubahan tetapan ini jika anda pernah mengubahnya daripada tetapan lalai.

Selain itu, anda juga boleh cuba untuk membuang kemaskini terbaru aplikasi Google, sebagai penyelesaian sementara. Ia boleh ditemui dengan pergi ke: Settings > Apps > Google app > menu tiga titik > Uninstall updates.

Satu lagi cara yang dicadangkan Google, adalah dengan membuat soft reboot telefon. Ia boleh dilakukan dengan menekan butang kuasa selama 30 saat dan telefon akan mati kemudian hidup semula.

Hi Maciej, sorry to know that you are experiencing an issue with your device. It's important that we get this sorted. Could you try a soft reboot by holding down the power button for 30 seconds and see if it works fine? Let us know if that helps. ^Adam

— Made by Google (@madebygoogle) June 22, 2021

[Sumber: Android, Android Authority]

Tags: androidGoogle
Najib

Najib

POPULAR

Cuba cara ini jika aplikasi Google di Android anda tidak boleh diguna

Cuba cara ini jika aplikasi Google di Android anda tidak boleh diguna

23 June 2021
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER