• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?

  • OLEH Najib
  • 11:23 am
  • 12/10/2021
  • Komen
Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, ada laporan menyatakan bahawa telefon pintar flagship Samsung akan datang, siri Galaxy S22 telah menerima pengiktirafan 3C di China. Terdapat 3 model dalam keluarga Galaxy S22 disenaraikan iaitu:

  • SM-S9010 (Galaxy S22)
  • SM-S9060 (Galaxy S22+)
  • SM-S9080 (Galaxy S22 Ultra)

Pensijilan 3C atau Compulsory Certification of China (CCC) adalah satu pensijilan wajib di China untuk mengiktiraf produk tersebut selamat digunakan. Fungsinya hampir serupa dengan SIRIM di Malaysia.



Dalam pensijilan 3C ini, semua model Galaxy S22 menyokong pengecasan sehingga 25W bersama kepala pengecas EP-TA800. Pengecas ini diperkenalkan pertama kali semasa Galaxy Note 10 dilancarkan 2 tahun lepas. Manakala sokongan kuasa mengecas di telefon adalah PD 15W (5V/3A) & 25W (9V/2.77A), serta PPS 10W-18W (3.3-5.9V/3A) & 7.5W-25W (3.3V-11V/2.25A).

Tetapi dijangka sokongan pengecasan 25W ini hanya untuk model di China, bukan model antarabangsa. Malah, ia mungkin untuk siri Galaxy S22 yang menggunakan cip Qualcomm sahaja. Galaxy S22 Ultra yang dikuasakan cip Samsung Exynos 2200 dengan GPU AMD dikhabarkan akan menyokong pengecasan pantas 45W.



Peranti Android masakini terutama siri flagship, telah dilengkapi pengecasan pantas melebihi 50W. Malah, Xiaomi telah melancarkan 11T Pro dengan kuasa mengecas 120W. Jika Samsung meneruskan cara ini, mereka akan ketinggalan berbanding pengeluar China. Tetapi ia mungkin diambil untuk mengelakkan tragedi Galaxy Note 7 berulang, di mana ia mengakibatkan kerugian teruk kepada Samsung.

[Sumber: GSMarena, MyFixGuide]

Bacaan Berkaitan

Skrin siri Galaxy S22 lebih kecil tetapi kamera lebih besar
Samsung Exynos seterusnya pikul teknologi grafik PlayStation 5
AMD Radeon akan perkasa grafik di dalam cip Samsung Exynos
Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?

Siri Samsung Galaxy S22 menyokong pengecasan hanya 25W?

12 October 2021
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN