• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V akan sertai pasaran telefon boleh lipat

  • OLEH Najib
  • 10:12 am
  • 30/12/2021
  • Komen
Honor Magic V akan sertai pasaran telefon boleh lipat
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon dengan skrin boleh lipat dijangka menjadi lebih hangat pada tahun 2022. Ia dipopularkan oleh Samsung menerusi Galaxy Fold dan Huawei pula dengan Mate X, dan kini diikuti oleh banyak pengeluar termasuk Xiaomi dan Oppo. Kini Honor pula mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar boleh lipat tidak lama lagi, Honor Magic V.

Honor telah memuat naik video pendek yang memberi petunjuk kepada acara pelancaran Magic V. Video tersebut turut menunjukkan bayangan tentang rupa sebenar Magic V.



Kelihatan Magic V menyerupai Galaxy Z Fold 3, iaitu tablet yang boleh dilipat menjadi telefon pintar. Ia ada skrin kecil di luar dan skrin besar boleh dilipat di dalam. Skrin hadapan memiliki lubang kecil di atas, pastinya memuatkan kamera hadapan.

Kamera belakang kelihatan agak jelas terbonjol. Pastinya Honor mengenakan kamera berkuasa tinggi pada Magic V.



Honor belum berkongsi sebarang spesifikasi rasmi tentang Magic V, tetapi sudah ada khabar angin yang bercerita tentang perkakas yang akan digunakannya. Antaranya adalah cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 akan menguasakan Magic V, serta skrin boleh lipat jenis Kaca Ultra-Nipis (Ultra-Thin Glass, UTG) berukuran 8.03-inci. Skrin hadapan pula seluas 6.45-inci.

Saiz skrin ini mirip dengan apa yang digunakan Huawei Mate X2. Tidak hairanlah ada cakap-cakap yang menyamakan Honor Magic V dengan Mate X2. Tetapi ada yang berbeza iaitu lubang kamera hadapan Mate X2 lebih besar dan berbentuk bujur.

Huawei Mate X2

Kita telah mengetahui bahawa Honor tidak lagi dikenakan sekatan perniagaan oleh Amerika Syarikat selepas berpisah dengan Huawei. Kerana itu, peranti baru Honor telah kembali menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Google, seperti Honor 50 dan Honor 50 Lite yang telah dilancarkan di Malaysia.

Lebih menarik lagi, Malaysia terpilih sebagai pasaran terawal Honor melancarkan peranti mereka yang memiliki perkhidmatan Google. Jadi, tidak salah untuk menjangka bahawa Honor akan turut melancarkan Magic V paling awal di Malaysia, selepas ia dilancar di China.

Buat masa ini, Honor masih belum mengumumkan tarikh pelancaran Magic V. Sama-sama kita nantikannya.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 50 dengan GMS tiba di Malaysia, hadiah bernilai RM550 untuk tempahan awal
  • [Hands-on] Oppo Find N: Alternatif kepada Galaxy Z Fold3
  • Mi Mix Fold, alternatif Galaxy Z Fold 2 paling murah setakat ini
  • Samsung Galaxy Z Fold 3 dinaik taraf kalis air, sokongan S Pen & kamera tersembunyi
  • Huawei Mate X2 tinggalkan rekaan lama dan ikuti jejak Samsung
Tags: honorHonor Magic V
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Honor Magic V akan sertai pasaran telefon boleh lipat

Honor Magic V akan sertai pasaran telefon boleh lipat

30 December 2021
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER