Mempelbagaikan tawaran adalah salah satu cara untuk merancakkan persaingan. Ia turut berlaku dalam dunia penyedia telekomunikasi (telco) yang berusaha memposisikan jenama masing-masing agar nampak unik pada mata pengguna. Telco berusaha untuk menjadi unik melalui pelbagai cara.
Yang paling popular sekarang adalah menyediakan kuota tanpa had untuk APP tertentu seperti YouTube, Facebook, Instagram, Spotify, dan sebagainya bagi mengumpan pengguna kekal berada dalam rangkaian Malaysia.
Trend terbaru adalah “telco digital”. Telco jenis ini tidak memunculkan diri secara fizikal seperti memacakkan reraui di pusat beli belah untuk mengedarkan kad SIM dan mereka tidak pula membelanjakan wang untuk menaikkan papan tanda di sepanjang lebuh raya.
Tapi kehadiran mereka tertumpu dalam dunia maya. Semua transaksi yang melibatkan telco tersebut berlaku secara digital, daripada pendaftaran hinggalah ke perkhidmatan pelanggan.
Kami berjaya kesan beberapa telco digital yang mula bertapak dan kami himpunkan dalam artikel ini bagi menerangkan kepada anda perihal telco-telco digital ini.
Kami ada:
[nextpage title=”ookyo”]
ookyo adalah produk daripada Maxis yang dilancarkan sekitar September 2017. Mereka membangunkan perkhidmatan ini atas satu persoalan:
“Jika saya diberi peluang untuk mengilhamkan satu perkhidmatan telco daripada sifar, apakah ia?”
Beroperasi diluar norma perkhidmatan telco konvensional, ookyo seperti mengguna pakai model operasi sebuah penyedia televisyen kabel seperti Astro. Kalau kita perhatikan Astro, semasa melanggan kita perlu memilih pakej asas yang mengandungi beberapa saluran televisyen. Kemudian barulah kita suai tambah “Pack”
Jika ingin menonton EPL, anda perlu membeli Pack sukan, jika ingin melayani hal-hal haiwan, pakej dokumentari untuk anda. Suka tengok drama? Pastinya Pack Mustika.
Untuk ookyo, pelan asasnya terbahagi kepada dua iaitu:
- Social Pack
- Entertainment Pack
Apabila melanggan salah satu pack ini, anda menikmati akses kuota tanpa had keatas APP yang disokong Pack itu.
Dalam Social Pack, APP yang disokong adalah:
- Facebook Messenger
- Kakao Talk
- Line
- Snapchat
Dalam Entertainment Pack, APP yang disokong adalah:
- 9gag
- Bigo LIVE
- Facebook Messenger
- JOOX
- LINE
- Musical.ly
- Shazam
- Smule
- Spotify
Kedua-dua Pack didatangkan bersama kuota 4GB dan 500MB Internet Asas untuk kegunaan lain.
Untuk bahagian Pack tambahan, mereka menyenaraikan lebih 100 APP untuk ditambah dalam Pack sedia ada mengikut kesesuaian penggunaan anda pada harga serendah RM3/bulan.
Antara APP yang popular adalah
- Instagram RM5/bulan
- Maps RM3/bulan
- Mobile Legends RM3/bulan
- Netflix RM1/jam
- Pokemon GO RM3/bulan
- Vainglory RM3/bulan
- Waze RM3/bulan
- YouTube RM12/bulan
Program ganjaran pun ada pada ookyo. Untuk masa terhad, 10% daripada jumlah yang anda belanjakan pada ookyo akan dikreditkan kepada Google Play. Ia boleh digunakan untuk membeli APP lain atapun melakukan transaksi dalam APP.
Kadar telefoni ookyo adalah seperti berikut:
- RM0.15/30 saat
- RM0.15/SMS
Perkhidmatan Roaming turut disediakan dan ia mengikut struktur Hotlink FAST. ookyo juga mengalu-alukan jika anda ingin melakukan MNP masuk ke rangkaian mereka.
Perkhidmatan ookyo ini agak unik daripada biasa. Selain SIM kad, anda perlu memasang APP VPN khas yang dibangunkan ookyo. Oh ya, pengguna iOS tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini kerana ookyo masih belum menerbitkan APP VPN pada platform anda.
Terdapat dua saluran pembayaran untuk tujuan pembaharuan servis. Jika anda memilih pembaharuan automatik, anda perlu menambat kad kredit/debit pada akaun. Untuk pembaharuan secara manual, Online Banking boleh dilakukan.
Layari laman rasmi ookyo untuk maklumat lanjut.
[nextpage title=”tapp”]
tapp adalah produk keluaran Digi Telecommunication Sdn. Bhd. dan ia dilancarkan awal Januari 2017. Jika anda memahami konsep hidraulik dan pneumatiks, anda pastinya tiada masalah untuk memahami model operasi tapp.
Pada tapp, anda tidak dibekalkan sebarang pelan unlimited. Tiada kuota streaming, tiada kuota hari minggu, tiada kuota LTE, kuota Internet asas malahan panggilan suaran percuma pun tiada.
Pembelian data & suara pada tapp agak unik. Setiap tambah nilai ke akaun akan menjadi tappCredit. Kemudian anda perlu membeli data dan suara. Semasa membeli data atau suara, anda perlu menetapkan berapakah yang ingin dibelanjakan serta tempoh sah yang diingini.
Berbalik kepada konsep hidraulik tadi, anda perlu memperuntukkan berapakah yang pergi ke data dan berapa pula ke suara.
Misalnya RM30 dengan 30 hari tempoh sah berikan anda maksimum 5GB data atau 400 minit suara. Jadi, anda gunakan slider khas untuk melakukan pelarasan. Jika lebih banyak data diperuntukkan, jumlah suara akan berkurangan dan begitulah sebaliknya.
Tahap fleksibiliti pada tapp memang tinggi. Anda boleh membeli data bernilai RM1 untuk tempoh sah sehingga 30 hari. Ini bermakna, untuk pastikan akaun kekal aktif, anda hanya perlu belanjakan RM12 saja setahun.
Keunikkan tapp tak terhenti disitu saja. Anda boleh melakukan penyelarasan data dan suara pada bila-bila masa selagi anda berada dalam tempoh sah. Kemudian, jika data dan suara tak habis digunakan, anda boleh menjual semula ke tapp pada 65% harga beli.
Melalui APP tapp, anda boleh beli, tambah, ubah suai, dan jual kuota/suara.
Sejurus pendaftaran, anda akan beroleh nombor telefon. Kad SIM tak diperlukan untuk berbuat panggilan. Untuk fungsi telefoni kadar panggilan adalah seperti berikut:
- Panggilan percuma dalam kalangan pengguna tapp.
- RM0.20/minit jika memanggil nombor bukan dalam rangkaian tapp.
- Panggilan antarabangsa akan dicaj pada tappCredit dan kadar panggilan akan terpapar sebelum panggilan dibuat.
Seperti ookyo, tapp turut menggunakan teknologi VPN untuk menyediakan perkhidmatan Internet mereka. Walau bagaimanapun, panggilan suara tidak memerlukan kad SIM kerana suara disalurkan melalui VoIP, sama seperti jika anda berbuat panggilan suara di Whatsapp.
Beberapa kelemahan yang boleh saya temui pada tap adalah seperti:
- Tiada perkhidmatan roaming
- Tiada fungsi MNP
- Tidak boleh digunakan pada iOS
Tambah nilai boleh dibuat melalui beberapa cara dan antaranya adalah:
- Perbankan dalam talian
- Kad Debit
- Kad Kredit
- Nombor Top-up Digi
Layari laman rasmi tapp untuk maklumat lanjut.
[nextpage title=”Tunetalk +Vibe”]Tunetalk +Vibe ditawarkan secara rasmi bermula 16 Oktober 2017 yang lalu. Jika anda nak tahu, Tunetalk boleh dikatakan sebagai pelobor dunia telco baru ini kerana mereka terlebih dahulu hadir dengan pelan luar norma seperti Tunetalk +Vibe ini.
Plan Tunetalk +Vibe ditawarkan dalam empat jenis iaitu:
- Pelan bulanan 4GB
- Pelan bulanan 12GB
- Pelan bulanan 20GB
- Pelan tahunan 240GB
Bagusnya belan bulanan ini adalah ia memiliki tempoh sah Pelan tahunan adalah satu-satunya pelan +Vibe yang tiada kuota suara. Maka anda perlu membelinya secara berasingan jika nak. Anda boleh mendapatkan 1,500 minit panggilan pada harga RM15 (rangkaian sama) ataupun RM30 (semua rangkaian).
Untuk RM15, anda boleh menambah 2GB kepada kuota yang anda ada sekiranya pada satu-satu masa, anda perlu gunakan lebih data daripada kebiasaan.
Pendaftaran boleh dibuat di halaman ini.
[nextpage title=”unifi Mobile”]
unifi Mobile adalah penjenamaan semula webe oleh Telekom Malaysia. Mereka tidak lagi meneruskan tawaran data tanpa had webe. Sebaliknya, unifi Mobile kini menyediakan perkhidmatan prepaid konvensional dan adalah yang paling ringkas berbanding yang lain.
Tawaran mereka amat mudah. Harga kuota Internet adalah seperti berikut:
- 8GB (4GB LTE+4GB LTE/3G/2G) – RM50
- 4GB (2GB LTE+2GB LTE/3G/2G) – RM30
- 2GB (1GB LTE+2GB LTE/3G/2G) – RM15
- 1GB Internet Asas (LTE/3G/2G) – RM13
Untuk fungsi telefoni, kadar sama rata digunakan dan anda boleh membeli suara dan data pada kadar seperti berikut:
- 200min + 200 SMS – RM30
- 60mins + 60 SMS – RM10
Kebaikkan unifi Mobile adalah tiada tempoh sah dikenakan. Hal ini bermakna, data/suara/SMS boleh digunakan selagi akaun anda masih aktif. Untuk kekal aktif, anda perlu melakukan apa-apa aktiviti yang bercaj dalam tempoh 90 hari.
unifi Mobile tidak menggunakan VPN seperti ookyo dan tapp. Hal ini bermakna, pengguna iOS turut boleh melanggan telco ini jika mahu. Perkhidmatan roaming turut disediakan di 18 negara pada kadar RM39/hari.
Langganan boleh dilakukan melalui APP mobile@unifi yang boleh dimuat turun di AppStore dan juga Play Store.
Layari laman rasmi unifi Mobile untuk maklumat lanjut.
[nextpage title=”yoodo”]
Yoodo adalah sebuah telco “hibrid” yang berada ditengah-tengah prabayar dan pascabayar. Pada Yoodo, perniagaan telco adalah sama seperti menjual nasi campur, anda boleh suai padan lauk dan nasik mengikut bajet anda.
Ada tiga jenis “lauk” yang boleh anda pilih iaitu:
- Data
- Suara
- SMS
Opsyen termurah adalah berharga RM3/bulan dan anda akan menerima 50 SMS. Jika anda terlalu lapar, anda boleh membayar RM222/bulan untuk menikmati 100GB data, 5GB Facebook, 10GB YouTube, 5GB Instagram, panggilan suara 2,000 minit, serta SMS sebanyak 2,000 unit.
Anda boleh ke kaunter “aneka sambal” untuk memberi rencah pada pelan asas yang telah anda reka tadi. Anda boleh memilih sama ada:
- 5GB Facebook untuk RM10/bulan
- 10GB YouTube untuk RM20/bulan
- 5GB Instagram untuk RM10/bulan
Jika tak cukup pedas, anda boleh ke kaunter “aneka sambal” untuk tambahkan perisa pada pelan telco.
Kelebihan Yoodo dalam kalangan beberapa telco digital lain adalah ia tidak memerlukan VPN untuk beroperasi. Maka, ia disokong iOS. Selain itu, perkhidmatan roaming pun ada jika anda ingin merantau ke luar negara.
Perkhidmatan pindah nombor masuk ke rangkaian turut disediakan jika anda ingin mengekalkan nombor sedia ada.
Selaku telco digital, segala urusan berkaitan telco dilakukan secara dalam talian. Terus ke laman rasmi meka untuk mendaftar ataupun mencari maklumat lanjut.
Anda juga boleh memuat turun APP rasmi mereka yang ada di PlayStore dan Appstore.
[nextpage title=”Pros & Cons”]
Perbandingan secara secara terus agak sukar dilakukan kerana ini bukanlah telco konvesional dan setiap telco mempunyai tawaran yang unik. Maka, kami senaraikan pro & cons untuk setiap telco ini.
ookyo
Pro
- Data tanpa had untuk APP yang anda gemari
Cons
- komitmen bulanan yang agak tinggi jika anda beli data terhad secara ala carte untuk APP kegemaran
- tidak menyokong iOS
- perlu gunakan VPN
tapp
Pro
- Tidak perlukan kad SIM untuk buat panggilan/SMS
- Fleksibiliti tinggi
Cons
- Tiada roaming
- Tidak menyokong iOS
- Perlu guna VPN
- Tiada kuota khas untuk APP
Tunetalk +Vibe
Pro
- 240GB/tahun untuk RM200 adalah seperti RM16.67 per 20GB per bulan.
- Ada roaming
- Boleh digunakan pada iOS
- Tiada perlukan VPN
Cons
- Pelan RM200 tiada kuota suara
unifi Mobile
Pro
- Tiada tempoh sah kredit
- 20GB percuma untuk pelanggan awal
- Tidak perlu VPN
- Menyokong iOS
- Ada Roaming
Cons
- Data agak mahal
- Tawaran sangat asas
- Tiada kuota khas
yoodo
Akan dikemas kini kemudian kerana produk masih belum dilancarkan secara rasmi.