• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:23 am
  • 23/11/2018
  • Komen
[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang hujung 2018, pasaran Malaysia menerima satu ahli baru dalam kategori midrange. OPPO R17 Pro hadir dan ia mengimbangi antara rupa yang menawan dengan spesifikasi yang tak kurang hebat sedang kebanyakkan pengeluar berlumba-lumba untuk menghasilkan produk semurah mungkin tapi berspesifikasi tinggi dan akibatnya mereka terpaksa mengelat pada kualiti binaan.

Kali terakhir siri R tiba di Malaysia adalah penghujung Mei yang lalu.  OPPO R15 Pro membawakan tanda harga RM2,399 dan memiliki spesifikasi seperti:



  • Paparan 6.28″ FHD+
  • CPU Snapdragon 660
  • RAM 6GB
  • Storan 128GB (boleh diperluas)
  • Kamera belakang 16MP F1.7 + 20MP F1.7
  • Kamera depan 20MP F2.0
  • Bateri 3,430mAh

OPPO R17 Pro

Tapi untuk R17 Pro, terdapat beberapa perubahan yang dilakukan. Selain CPU yang diperbaharui, ini adalah serba sedikit perubahannya:



  • Kini ada notch bentuk titisan air
  • Telefon siri R pertama dengan sokongan SuperVOOC
  • Pengimbas cap jari dibelakang paparan
  • Kamera dengan apertur boleh laras
  • Kamera berkeupyaan hasilkan objek 3D secara digital

Bolehkah R17 Pro cemerlang dalam kelasnya dan beri justifikasi jika tanda harganya menyamai R15 Pro dulu? Teruskan membaca reviu ini.

Fizikaliti

Memegang R17 Pro adalah satu pengalaman yang mengasyikkan. Mana taknya, hampir keseluruhan badan telefon ini diselaputi materi kaca yang memberikan rasa premiumnya. Tumpuan patut diberikan kepada keemasan kaca frosted belakangnya.

Dua tona warna digunakan pada keemasannya iaitu indigo dan juga biru. Bergantung pada sudut anda meminati bahagian belakang R17 Pro, anda akan melihat corak pantulan yang berbeza.

Bahagian sisi yang sedikit melengkung memberikan keselesaan apabila berada di dalam genggaman. Tapi pada bahagian kamera belakang, bonjolan kameranya agak tinggi. Oleh sebab itu, amat disarankan untuk memakai casing yang disertakan bersamanya di dalam kotak.

Bahagian bawah dagu telefon, anda boleh menemui jeriji speaker, port USB-C dan slot kad SIM disusun sebaris.

Butang kuasa dan kawalan suara masing-masing disusun pada bahagian kiri dan kanan telefon. Ia amat praktikal pada pendapat saya kerana memudahkan saya untuk melakukan screenshot menggunakan sebelah tangan saja.

Beralih kita ke bahagian paparan. Panel AMOLED beresolusi HD penuh sebesar 6.24″ diberikan padanya dan disebalik panel itu, terdapat pengimbas cap jari tertanam di dalamnya. Selain siri R17, satu-satunya telefon yang ada fungsi ini adalah OPPO FIND X.

Bingkainya nipis tapi tidak simetri. Bahagian dagu lebih luas berbanding bahagian sisi dan atasnya. Notch telefon ini berbentuk titisan air dan amat minimum.

Berikut adalah spesifikasi asas OPPO R17 Pro

[table “134” could not be loaded /]

Muka 2: Pengalaman Guna

[nextpage title=”Pengalaman Guna”]

Dua selling point yang dijaja oleh OPPO pada model R17 Pro ini adalah pada bateri dan kameranya. Ini adalah telefon kedua yang dilengkapi dengan teknologi pengecasan superpantas SuperVOOC selepas OPPO Find X Lamborghini. Pada helaian spesifikasi, ia mengepam masuk tenaga setinggi 50 Watt, lebih tinggi berbanding mana-mana telefon setakat ini.

Oleh sebab itu, anda perlukan blok pengecas dan kabel khas yang mampu menampung tenaga setinggi itu dan itulah juga kelemahan pada sistem SuperVOOC berbanding QuickCharge 4.0 yang hadir dalam produk pihak ketiga.

Walau apapun, ini alalah graf mengecas untuk OPPO R17 Pro.

Untuk sebuah telefon berbateri 3,700mAh, 35 minit untuk dipenuhkan adalah sesuatu yang gila pantas. Menurut graf juga:

  • 50% mengambil masa 12 minit
  • 10 minit mengisi lebih 40%

Yang bagusnya SuperVOOC adalah, telefon tidak mengalami pemanasan yang melampau apabila dicaj. Suhu yang paling tinggi dicatatkan cuma 36 darjah Celsius dan diakhir mengecas, suhu telefon turun kurang daripada 30 darjah Celsius.

Malangnya, sistem operasi ColorOS yang didukung telefon ini tiada fungsi merujuk Screen-on-Time. Mengukur penggunaan bateri pada telefon ini agak renyah kerana sungguhpun semua fungsi penjimatan bateri dimatikan, sistem operasi tetap mematikan APP yang biasanya saya gunakan untuk merekodkan paras bateri.

Maka, anda perlu bergantung sepenuhnya dengan kata-kata saya, tampa data empirikal yang boleh dirujuk.

Satu pengecasan penuh membawa saya menelusuri hari siang tanpa masalah. Pola penggunaan telefon saya adalah medium. Di awal pagi APP navigasi dan spotify digunakan, kemudian sepanjang hari APP sosial digunakan bersama-sama sedikit gaming di masa senggang. Kemudian pada petang hari pula navigasi dan spotify berjalan semula.

Sistem Operasi

Semasa reviu ini ditulis, sistem operasi yang didukungnya adalah ColorOS V5.2 yang dibangunkan menggunakan kerangka Android 8.1.0 Oreo. Secara ringkas, ColorOS mengambil ilham daripada iOS apabila tiada APP Tray seperti norma ekosistem Android. Semua APP terletak di paparan pemuka dan tiada cara untuk menyusunnya secara automatik.

Customization yang boleh dilakukan agak terhad, grid APP hanya ada 4 × 6 ataupun 5 × 6. Jangan risau, semuanya boleh diselesaikan dengan custom launcher.

Secara asasnya, pengalaman yang lancar saya alami dengan R17 Pro. Tiada masalah lagging ataupun hang saya temui padanya. Cumanya, terdapat beberapa isu compatibility dengan rekaan skrin ber-notch pada telefon ini. Misalnya, antara muka PUBG yang sarat dengan butang-butang digital, ada antaranya di-crop-kan akibat bucu melengkung paparan ini. Ada juga butang yang terselindung hampir separuh di bawah notch dan agak sukar untuk ditekan. Tapi notch boleh disembunyikan di bahagian setting.

Gaming tidak mendatangkan masalah pada R17 Pro

Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana prestasi OPPO R17 Pro dalam penanda aras sintetik, berikut adalah hasil tanda aras daripada AnTuTu dan GeekBench.

AnTuTu

Geekbench

Pada segi fungsi keselamatan, terdapat dua ciri keselamatan biometrik yang boleh anda gunakan untuk membuka telefon. Mereka ialah:

  • Pengimbas cap jari
  • Pengimbas wajah

Pengimbas wajah pantas mengenal pasti tuannya

Pengimbas cap jari sedikit lambat berbanding cara konvesional

Menggunakan kedua-duanya adalah memudahkan. Tapi kejituan pengimbas cap jari boleh dipersoalkan. Sungguhpun pantas mengenal pasti cap jari, ada kalanya ia menyatakan cap jari itu bukan milik saya. Teori saya adalah data cap jari yang diterima pengimbas tak cukup berkualiti dan saya perlu mendaftarkan cap jari itu semula. Pengimbas wajah pula berfungsi lancar tapi masalahnya telefon perlu berkedudukan menegak, selari dengan wajah untuk membuka telefon.

Imbasan wajah hanya boleh dilakukan apabila telefon selari dengan wajah

Muka 3: Kamera

[nextpage title=”Kamera”]

Selepas SuperVOOC, bahagian kamera turut diketengahkan sebagai penguat R17 Pro. Berikut adalah spesfikasi kamera belakang:

  • Kamera 1 12MP F1.5/2.4
  • Kamera 2 20MP F2.6
  • Kamera 3 TOF

Trikamera, tapi kamera ketiga belum diaktifkan kerana perlu menunggu firmware baru

Apakah ia kamera TOF? Kamera TOF adalah ciri yang pertama seumpanya pada sebuah telefon pintar dan menggunakannya, R17 Pro boleh menghasilkan model 3D untuk objek yang dilihatnya.

Caranya berfungsi adalah dengan menembak cahaya terus ke objek dan mengukur pola pantulan yang dihasilkannya. Oleh sebab permukaan 3D menghasilkan corak pantulan berbeza, sensor kamera mampu mengetahui rupa 3D untuk objek yang dilihatnya.

Manfaat yang boleh diberikan kamera TOF adalah seperti penghasilan bokeh yang lebih semula jadi. Kemudian, dunia AR/VR juga akan jadi lebih menarik dengan kehadiran komponen dengan keupayaan lebih tinggi.

Kamera depan pula ada sensor 25MP F2.0.

Daripada sudut UI APP kamera telefon ini, tiada apa yang ingin diberikan komen kecuali ia lengkap dan intuitif. Untuk mode professional, anda boleh mengawal hampir kesemuanya daripada keseimbangan putih hinggalah kelajuan pengatup.

UI kamera yang ringkas dan lengkap

Dalam keadaan cukup pencahayaan, R17 PRO adalah sebuah kamera yang berkuasa. Ada juga fungsi AI yang akan menentukan tetapan kamera dalam pelbagai keadaan.

Keupayaan makro yang baik

Kamera utama dengan sudut pandang luas

Ketajaman pada pencahayaan terhad yang baik

Apertur yang luas berikat kesan bokeh semula jadi

Backlight yang terang tak beri masalah pada telefon ini

Dalam keadaan terlalu terang, apertur akan dikatup ke F2.6 untuk seimbangkan exposure

Tidak terhad di situ, AI turut ada pada fungsi Portrait sebagai fungsi beautification dan hadir untuk kamera depan dan belakang. Anda boleh mengubah tahap suntingan digital keatas wajah anda kalau anda takut kelihatan macam patung Barbie.

Selfie HDR

Selfie tiada HDR

Potret Tanpa AI

Portret Dengan AI

Potret Pada Beautification Maksimum

Night mode adalah ciri yang pertama kalinya hadir di produk OPPO. Ia berfungsi seperti night mode sMate 20 Pro. Anda tak perlu gunakan tripod tapi masih boleh tangkap gambar ber-exposure panjang yang tajam.

Tapi anda masih boleh menggunakan night mode walaupun telefon diletakkan di tripod kerana jika anda menggunakan mode Expert untuk long exposure, dedahannya adalah linear tapi untuk night mode, AI akan menentukan dedahan yang sempurna untuk setiap bahagian gambar dan hasilnya tidak akan sama.

Ini adalah contoh hasil daripada night mode.

AI mampu kurangkan kekaburan akibat pergerakan subjek

Pada keadaan pegun, night mode tidak ada masalah merakam butiran

Mode yang sesuai untuk penembak jalanan yang tak bawa kelengkapan yang berat

Jangkakan kekaburan untuk subjek yang bergerak

Tidak perlu pacak tripod pun untuk hasil gambar seperti ini

Kesimpulan

OPPO R17 Pro adalah sebuah telefon berkelas midrange dan ianya terhebat dalam kelasnya pernah dihasilan OPPO. Ia dilengkapi CPU Snapdragon 710 dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB. Malangnya tiada slot khas untuk meluaskan storan menggunakan kad mikro-SD. Badannya miliki kemasan yang unik menggunakan materi kaca dan dengan teknik khas OPPO, kesan pantulan cahaya pada belakang badan telefon ini adalah cantik.

Teknologi pengecasan pantas SuperVOOC padanya adalah terbaik. Saya mengecas penuh telefon ini dalam masa 35 minit sahaja walaupun bateri yang dimilikinya agak besar iaitu 3,700 mAh. Tapi kekurangannya adalah anda mesti menggunakan kelengkapan yang dibekalkan dan tidak boleh menggunakan kabel ataupun pengecas pihak ketiga untuk menikmati SuperVOOC.

Pada kamera, ia dilengkapi trikmera belakang dan ekakamera depan. Kamera belakangnya ada sensor 12MP, 20MP dan TOF. Dua kamera pertama digunakan untuk menangkap gambar manakala kamera TOF berupaya untuk menghasilkan model 3D objek nyata tanpa memerlukan kelengkapan tambahan. Tapi masalahnya, ketika reviu ini ditulis, firmware yang mengaktifkan kamera TOF belum lagi diterbitkan pihak OPPO. Maka, kamera ketiga OPPO R17 Pro adalah tidak berguna buat masa ini.

Kamera depan pula ada fungsi HDR yang digunakan sekiranya latar belakang lebih terang daripada subjek.

Ia menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo yang bersadur ColorOS 5.2. Ia lebih mirip pada iOS kerana tiada APP Tray tapi jika anda biasa dengan Android tulen, anda boleh gunakan launcher pihak ketiga tanpa masalah.

OPPO R17 Pro dijual pada harga RM2,298 sebuah dan harganya agak premium untuk sebuah telefon kelas pertengahan. Tapi di Malaysia, masih belum ada telefon yang menggunakan Snapdragon 710 dijual secara rasmi. CPU yang paling hampir kuasanya dengan 710 adalah seperti Snapdragon 660 dan Kirin 710. Terdapat beberapa model yang boleh anda temui dijual secara rasmi di Malaysia seperti:

  • Huawei Y9 (Kirin 710) – RM 899
  • honor 8X (Kirin 710) – RM 949
  • Realme 2 Pro (Snapdragon 660) – RM 1,099
  • Huawei Nova 3i (Kirin 710) – RM 1,249

Kesemua pesaing-pesaing ini miliki tanda harga yang jauh lebih murah. Tapi R17 Pro memiliki binaan yang lebih tegap dan premium, sesuatu yang kurang pada telefon sekelas dengannya yang lebih murah.

Tags: oppooppo r17oppo r17 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi

[Reviu] OPPO R17 Pro: Usaha Rampas Takhta Pakar Fotografi

23 November 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER