• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah ini Redmi 7 dengan kamera 48MP?

  • OLEH Najib
  • 2:44 pm
  • 09/01/2019
  • Komen
Adakah ini Redmi 7 dengan kamera 48MP?
Share on FacebookShare on Twitter

Esok, 10 Januari 2019, Xiaomi akan mengadakan satu majlis pelancaran di China. Dikhabarkan, ia adalah majlis pelancaran kepada telefon pintar mampu milik generasi ketujuh, Redmi 7, dengan kamera berkuasa 48MP.

Bagaimanapun, terdapat satu poster telah mula tersebar yang memberikan gambaran jelas berkenaan telefon pintar yang akan dilancarkan esok.



Dari gambaran poster di atas, telefon pintar yang dikatakan Redmi 7 ini hadir dalam 3 jenis warna. Ia kelihatan memiliki badan belakang kaca berkilauan, sangat mirip dengan Mi Play yang baru diperkenalkan pada hujung tahun lepas.

Telefon ini memiliki skrin bertakuk titisan air, bersama dua kamera di belakang. Poster tersebut juga menyatakan, ia memiliki kamera 48MP dengan 4x lebih jelas. Ini mungkin bermakna, ia memiliki teknologi Pixel Binning yang menggabungkan 4 piksel kecil kepada satu piksel besar, untuk menghasilkan gambar yang lebih cerah.



Tiada maklumat lebih konkrit diberikan. Tetapi khabar angin di alam maya turut mengatakan, ia mungkin adalah Redmi Note 7. Ia akan dikuasakan cip baru Snapdragon 660 dengan RAM lebih besar 6GB. Jika benar, ini adalah pengganti sebenar kepada Redmi Note 5, kerana Redmi Note 6 Pro memiliki cpu, RAM dan storan yang sama dengan Redmi Note 5. Hanya skrin dan kamera yang sedikit berbeza.

[Sumber: MySmartPrice, GSMarena]

Najib

Najib

POPULAR

Adakah ini Redmi 7 dengan kamera 48MP?

Adakah ini Redmi 7 dengan kamera 48MP?

9 January 2019
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN