• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli dua Honor 10 Lite percuma dua Honor Band 4 Running

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 01/02/2019
  • Komen
Beli dua Honor 10 Lite percuma dua Honor Band 4 Running
Share on FacebookShare on Twitter

Honor sebagai satu jenama yang mensasarkan jiwa muda remaja, mahu meraikan Hari Valentine dengan promosi beli dua Honor 10 Lite, percuma dua Honor Band 4 Running. Ia adalah diskaun sebanyak RM269 untuk 4 produk baru Honor.

Promosi ini berjalan selama 3 hari, dari 12 hingga 14 Februari 2019. Ia boleh didapati secara eksklusif dalam talian, di pautan hihonor.com/my. Dalam promosi ini, dengan membayar hanya RM1437, pengguna akan menerima 4 produk bernilai RM1,706 iaitu:



  • 1x Honor 10 Lite 3GB+64GB Shiny Red (bernilai RM799)
  • 1x Honor 10 Lite 3GB+32GB Sky Blue (bernilai RM749)
  • 2x Honor Band 4 Running Merah & Hijau (bernilai RM158)

Promosi ini sesuai untuk pasangan yang mahu mendapatkan telefon pintar dan gelang pintar yang sepasang. Ia juga boleh membantu pasangan untuk sama-sama memantau aktiviti kecergasan.

Honor 10 Lite baru dilancarkan di Malaysia, menampilkan kamera hadapan 24MP, kamera belakang dwi-lensa 13MP+2MP dan skrin 6.21-inci bertakuk kecil titisan air. Ia dikuasakan cip Kirin 710 bersama RAM 3GB.



Honor Band 4 Running ialah gelang kecergasan yang memfokuskan pada larian. Ia memiliki sensor 6-paksi untuk mengesan cara pengguna berlari dengan lebih tepat. Baterinya boleh bertahan sehingga 21-hari dan hidup sehingga 40-jam jika digunakan berterusan dalam mod larian di kaki. Ia juga kalis air 5 ATM, boleh digunakan sewaktu berenang dan masuk air sedalam 50 meter.

Selain promosi di atas, Honor Malaysia juga mengadakan promosi istimewa untuk pelbagai produk mereka yang lain. Dari 4 hingga 14 Februari 2019, dapatkan produk Honor yang disertakan hadiah percuma seperti berikut:

Model Harga Promosi Hadiah Percuma
HONOR 8X (Red Edition) RM949 HONOR Band 3 (bernilai RM119)
HONOR 8X (Black) RM949 HONOR AM61 Bluetooth Earphone (bernilai RM159)
HONOR 10 Lite 3+32GB
(Midnight Black/Sky Blue)
RM699 Diskaun RM50
HONOR View20 6GB+128GB
(Sapphire Blue/Midnight Black)
RM1,999 HONOR Band 3 (bernilai RM119)
HONOR View20 8GB+256GB
(Phantom Blue Edisi Moschino)
RM2,499 HONOR Band 3 (bernilai RM119)
HONOR Band 4 (Black) RM149 Baucer HiHonor RM20
HONOR Band 4 Running (Red/Green) RM79 Baucer HiHonor RM20

Semua jualan promosi ini berjalan di laman web HiHonor Malaysia. Jangan lupa untuk mendapatkan maklumat terkini pelbagai promosi lain, di Facebook Honor Malaysia.

Tags: honorHonor 10 LiteHonor Band 4 Running
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Beli dua Honor 10 Lite percuma dua Honor Band 4 Running

Beli dua Honor 10 Lite percuma dua Honor Band 4 Running

1 February 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN