• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Black Shark 2 Set Malaysia Sedia Ditempah, Telefon RAM 12GB Termurah Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:25 am
  • 25/03/2019
  • Komen
Black Shark 2 Set Malaysia Sedia Ditempah, Telefon RAM 12GB Termurah Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah mewujudkan niche telefon gaming menerusi generasi pertama Black Shark hampir setahun yang lalu, pengeluar telefon ini telah mengemas kini telefon gaming itu dengan kehadiran Black Shark 2. Berita baik untuk peminatnya di Malaysia, set rasmi dengan jaminan Malaysia sudahpun dibuka tempahannya.

Salah satu pengedarnya, Mobile 2 Go memaklumkan yang telefon ini akan menemui peminatnya seawal 2 April 2019 dan jiga tidak mahu terlepas peluang untuk memilikinya sebuah, anda boleh membuat tempahan awal.



Harga rasmi Black Shark 2 apabila mula dijual kelak adalah seperti berikut:

  • RM 2,499 – RAM 8GB + storan 128GB
  • RM 2,999 – RAM 12GB + storan 256GB

Ia mungkin merupakan telefon ber-RAM 12GB termurah di Malaysia untuk telefon set rasmi. Berbanding generasi pertama, Black Shark 2 kini dikemas kini daripad sudut CPU-nya. Ia menggunakan Snapdragon 855 dan hadir dengan kapasiti RAM dan storan masing-masing sehingga 12GB dan 256GB.



Bahagian kameranya turut dilihat lain apabila dikenakan sensor belakang 48MP manakala kamera selfie pula mampu mengambil gambar 12MP. Menguasakan telefon ini adalah bateri 4,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas.

Spesfikasi Black Shark 2

[table “159” could not be loaded /]

Black Shark 1 masih dijual di Malaysia. Set rasmi Malaysia untuknya baru saja memasuki Malaysia pada bulan lepas dan dijual pada harga:

  • RM1,599 – RAM 6GB RAM + Storan 64GB
  • RM1,799 – RAM 8GB RAM + Storan 128GB
Tags: black sharkblack shark 2blacksharkxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Black Shark 2 Set Malaysia Sedia Ditempah, Telefon RAM 12GB Termurah Di Malaysia

Black Shark 2 Set Malaysia Sedia Ditempah, Telefon RAM 12GB Termurah Di Malaysia

25 March 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN