• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Banyak maklumat Redmi K20 dikongsi – Snapdragon 855, 3 kamera belakang dan kamera depan pop up

  • OLEH Najib
  • 12:41 pm
  • 24/05/2019
  • Komen
Banyak maklumat Redmi K20 dikongsi – Snapdragon 855, 3 kamera belakang dan kamera depan pop up
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah dimaklumkan akan kedatangan telefon pintar Redmi K20 yang dikatakan memiliki banyak perkakas berkuasa tinggi. Perkara ini kini disahkan dengan perkongsian gambar rasmi Redmi K20 beserta spesifikasinya.

Laman weibo rasmi Redmi telah memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan rupa sebenar badan belakang Redmi K20. Dapat dilihat, ia memiliki warna warni yang berubah-ubah di samping melengkung di kesemua sisi. Ia juga kelihatan seperti kaca, bukannya plastik.



The first official look of #Redmi #K20
(PS: this is a real picture of the phone, not a rendition.) pic.twitter.com/tzqS3NeGzc

— Lei Jun (@leijun) May 23, 2019

Selain itu, di belakangnya terdapat tiga kamera yang disusun menegak. Ia akan menggunakan kamera utama 48MP dengan dua lagi kamera masih misteri. Ura-ura mengatakan dua kamera ini ialah kamera ultra lebar 8MP dan kamera telefoto 16MP.

Di hadapan pula, ia memiliki skrin AMOLED tanpa takuk dan lubang. Ini kerana kamera hadapannya tersembunyi di dalam modul pop-up seperti OnePlus 7 Pro.



Redmi K20 juga akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin. Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing berkongsi di weibo mengatakan ia dibina berasaskan pengimbas capjari optikal generasi ke-7. Saiz sensor pengimbasnya lebih besar, berukuran 7.2-mikron piksel iaitu 2x lebih besar dari generasi sebelumnya. Keluasan pengimbas meningkat kepada 15%. Algoritma DSP pada Redmi K20 juga akan mengurangkan masa mengimbas kepada 10% dan meningkatkan ketepatan pengimbas kepada 30%.

Bateri sebesar 4,000mAh dipasang ke dalam Redmi K20 dan menggunakan port USB-C untuk mengecas. Ia juga menyokong pengecasan pantas Quick Charge. Tiada pula kepastian samada jek audio 3.5mm masih ada di Redmi K20.

Redmi K20 akan dilancarkan di China pada 28 Mei 2019. Dikuasakan oleh cip Snapdragon 855, ia dikatakan akan menggantikan tempat Pocophone F1 sebagai telefon pintar berkuasa tinggi dengan harga terendah. Ia juga adalah yang pertama buat Redmi memperkenalkan peranti flagship.

Beberapa peranti Xiaomi yang telah dijual di Malaysia adalah seperti Redmi Note 7 berharga RM949 dengan RAM 4GB dan storan 128GB, serta Mi 9 berharga RM1,699 dengan RAM 6GB dan storan 64GB, berapa pula harga Redmi K20 kelak? Adakah ia akan sama dengan harga pelancaran Pocophone F1 iaitu RM1,299 dengan RAM 6GB dan storan 64GB? Kita tunggu dan lihat.

Sumber: weibo 1, weibo 2, weibo 3

Tags: RedmiRedmi K20
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Banyak maklumat Redmi K20 dikongsi – Snapdragon 855, 3 kamera belakang dan kamera depan pop up

Banyak maklumat Redmi K20 dikongsi – Snapdragon 855, 3 kamera belakang dan kamera depan pop up

24 May 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN