fbpx

Bahagian 1 – Kenapa MYTV Penting Untuk Kita?

Penyiaran TV di Malaysia dimulakan pada 28 Disember 1963 di studio sementara dekat Dewan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang. Pada ketika itu, rakyat Malaysia menonton kandungan dalam hitam putih saja.

Kandungan pertama yang disiarkan di ruang angkasa negara adalah pada genap 15 tahun siaran monokrom pertama. Pada 28 Disember 1978, rancangan Puspawarna melakukan penampilan sulungnya di kaca televisyen bewarna.

Sejak itu, landskap penyiaran negara terus bertumbuh berbumbungkan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Selepas 41 tahun, arena penyiaran negara akan berevolusi sekali lagi apabila siaran analog dihentikan dan digantikan dengan siaran digital. Fasa pemberhentian penyiaran analog akan selesai sepenuhnya pada 31 Oktober 2019.

Kalau anda berada di Lembah Klang, penyiaran analog sudahpun dihentikan pada 30 September yang lalu.

Apa yang digitalnya dalam TV Digital?

Selepas 31 Oktober 2019, landskap penyiaran terestial negara kita telah berhijrah sepenuhnya kepada digital. Istilah “digital” dalam TV digital merujuk pada bagaimana kandungan yang ingin dipancarkan oleh pihak penyiar kepada penonton dimodulasikan.

Selama hampir setengah abad kandungan TV dimodulasikan kepada isyarat analog untuk diangkut oleh frekuensi radio, kini kandungan akan dimodulasikan kepada isyarat digital pula.

Apa bezanya isyarat digital dengan isyarat analog?

Contoh yang paling mudah adalah dengan memahami analogi jam. Secara asasnya, ada dua jenis jam, satu analog dan satu digital. Benar, kedua-duanya boleh digunakan untuk menunjukkan waktu.

Contohnya anda ada sebuah jam dinding yang di mukanya kosong. Bagaimana anda boleh beritahu masa dengan tepat?

Untuk memudahkan, anda catitlah beberapa nombor pada muka jam itu. Sekarang anda boleh anggar yang waktu yang ditunjukkan adalah antara jam 12 dan 3 dan minitnya adalah 15 hingga 30.

Tambah baik seterunya adalah anda letakkan semua nombo runtuk setiap jam dan ia menambah baik bacaan jam itu. Sekarang anda dah tahu waktunya masih dalam jam 1 tapi minitnya antara 20 dan 25.

Kemudian anda tambah senggatan minit untuk mudahkan anda memberitahu masa dengan tepat hingga ke minit.

Apa yang saya ingin demonstrasikan adalah isyarat analog miliki nilai yang berterusan (continuous) dan boleh diukur selagi anda ada alat untuk berbuat demikian.

BACA  Anda Boleh Pandu Uji Broadband 1Gbps Daripada TIME Tanpa Diikat Kontrak

Berbeza pula dengan jam digital, di bahagian jam, ia hanya paparkan nombor 1 hingga 12, tak lebih dan tak kurang. Untuk bahagian minit pula, daripada 0 hingga 59, tak lebih dan tak kurang. Bila jam menunjukkan masanya, tak kira anda ada kanta pembesar yang canggih pun, masa yang ditunjukkan tetap tak berubah.

Sebagai intipati, isyarat analog adalah isyarat yang berterusan dan boleh mengambil apa-apa nilai sedangkan isyarat digital adalah isyarat yang telah diprogramkan.

Sekiranya anda sudah memahami perbezaan antara isyarat analog dengan isyarat digital, anda telah bersedia untuk ketahui manfaat pertama MYTV.

Isyarat digital hampir tak terkesan oleh interferens ataupun gangguan gelombang radio

Kalau anda masih ingat, cara isyarat analog dinyahkod (decode) ataupun “diterjemah” oleh TV analog adalah dengan membaca isyarat seperti apa yang diterimanya, tanpa sebarang tapisan. Walaupun semasa meninggalkan pencawang, isyarat yang dihantar cantik molek, ia mungkin bertembung dengan gelombang lain dan jadi terheyot akibat interferens apabila tiba ke antena anda.

Sebab itu bila anda ingin menala televisyen untuk cari stesen TV, kualiti gambar yang anda dapat boleh barada dalam julat tiada langsung, hinggalah terang benderang.

Masalah terkenal analog adalah flickering akibat interferens

Untuk isyarat digital, lain pula cara menyahkodkannya. Kita ambil contoh gelombang yang herot tadi. Walaupun isyaratnya telah herot, ia tidak jadi masalah kerana kita sudah programkan dekoder untuk mambaca isyarat dalam bahasa yang difahami komputer iaitu binari.

Apabila dinyahkod, dekoder hanya akan baca isyarat yang memenuhi kriteria. Jadi, walaupun berlaku interferens keatas gelombang tadi, asalkan berada dalam julat yang ditetapkan, dekoder akan mampu bacanya sebagai satu nilai iaitu 1 ataupun 0.

Sebab itulah dalam kes MYTV, anda sama ada dapat gambar ataupun tiada langsung kerana hanya ada dua kebarangkalian saja iaitu 1 ataupun 0.

BACA  Yoodo Lanjutkan Promosi Data Booster 62GB Untuk RM38

Ada dua manfaat besar yang saya ingin kongsikan dan manfaat kedua akan saya kongsikan dalam bahagian 2 artikel ini. Tapi sebelum itu, jika anda ingin tahu cara pasang MYTV, anda boleh rujuk tutorial viral kami di bawah.

Sumber