• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:29 pm
  • 09/12/2019
  • Komen
Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10
Share on FacebookShare on Twitter

Perbandingan kamera kali ini sangat menarik. Satu sebab ini adalah perbandingan pertama yang menyertakan produk daripada Realme. Sebab yang kedua adalah inilah kali pertama kamera 108MP memasuki perbandingan saya.

Tiga telefon yang akan dibandingkan dalam artikel ini ialah:



  • Realme X2 Pro
  • Apple iPhone 11 Pro Max
  • Xiaomi Mi Note 10

Spesifikasi Kamera

Dalam kalangan tiga buah telefon ini, konfigurasi sistem pengimejan yang dimiliki mereka sangat berbeza. Paling minimum, Realme X2 Pro ada 4 buah kamera belakang manakala Mi Note 10 ada 5 buah kamera belakang. Untuk selfie, mereka masing-masing ada sebuah kamera untuk gambar swafoto anda

iPhone 11 Pro Max

Untuk spesifikasi teknikal, iPhone 11 Pro Max tawarkan sesuatu yang menarik. Semua kameranya menggunakan sensor 12MP, depan dan belakang. Beza antara mereka adalah jarak fokal dan saiz apertur. Secara teorinya, lebih mudah untuk mengoptimumkan empat kamera yang sama.



Sususunan kamera belakangnya gak menarik. Dalam susunan segi tiga, sudah tentu paralaks yang terhasil relatif satu-sama lain adalah malar berbanding dengan susunan kamera yang disusun sebaris.

Di iPhone, daripada sudut teknikal, perkaksan yang ditawarkan mereka tak “wow” dan tidak “meh” berbanding yang lain.

iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max terima naik taraf kamera luar dan dalam

Mi Note 10

Telefon ini ada 6 buah kamera keseluruhannya dan kesemuanya boleh digunakan untuk mengambil gambar. Paling mencuri tumpuan adalah kamera 108MP, pertama seumapanya dalam industri. Tapi adakah 9 kali ganda lebih padat piksel bermakna gambar 9 kali ganda lebih baik berbandingk amera 12MP iPhone?

Untuk gambar ultralebar, telefon ini ada sensor yang jauh lebih baik begitu juga dengan selfie 32MP.

Xiaomi Mi Note 10: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme X2 Pro

Flagship pertama Realme ini terus bertembung dengan para “otai” terkemuka. Tanpa membuang masa, ia dilengkapi sensor 64MP untuk Samsung GW1. Ia satu-satunya telefon yang ada zum optikal 5x dengan zum hibrid sehingga 20x. Tapi kamera 4 padanya cumalah untuk simulasi bokeh, jadi yang boleh digunakan secara aktif hanya 3 kamera.

Untuk selfie ia diberikan sensor 16MP.

Realme X2 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Pensampelan

Sampel gambar diambil dalam beberapa kategori. Dimulakan dengan potret dan selfie, saya nak lihat cara telefon menghasilkan warna kulit disamping simulasi bokeh yang dikenakan terhadap subjek.

Kemudian, kita ada gambar biasa untuk lihat ketajaman, julat dinamik dan warna. Ujian makro saya gunakan untuk lihat kualiti gambar pada jarak fokus paling minimum. Ujian lowlight diambil dalam dua jenis, satu menggunakan tripod dan satu lagi secara handheld.

Ujian terakhir adalah zum daripada yang paling luas hinggalah ke paling jauh.

Berikut adalah hasil-hasilnya.

[nextpage title=”Analisis Gambar”]

Potret

Rata-rata gambar yang terhasil adalah baik. Tiada masalah untuk digunakan terus di laman sosial.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10 Pro

Realme X2 Pro tidak menggunakan kamera telefoto untuk selfie. Masalah menggunakan kamera berjarak fokal panjang untuk potret adalah subjek akan nampak canggung. Bahagian yang paling rapat dengan kamera akan nampak lebih besar, contohnya hidung nampak membulat.

iPhone dan Mi Note 10 menggunakan kamera jarak fokal pendek dan ia jadikan subjek lebih semula jadi.

Tapi jika bercakap tentang kejituan warna, iPhone adalah yang terbaik, diikuti dengan Mi Note 10 dan seterusnya Realme X2 Pro. Untuk pengguna kebanyakkan sudah tentu mereka memilih warna pekat Realme X2 Pro disamping dynamic range yang lebih baik pada baju hitamnya.

Pada sudut simulasi bokeh, Mi Note 10 dan Realme X2 Pro lebih baik sebab ada gradient bokeh antara latar yang terhampir dengan kamera (rumput) dengan yang lebih jauh (taman permainan). iPhone pula hanya memukul rata semua dan kenakan filter bokeh yang lebih berkrim.

Selfie

Selfie dibawah diambil dengan keadaan backlight yang agak kuat. Ia bermakna bahagian latarnya jauh lebih terang berbanding wajah subjek. Kita perlukan kamera dengan dynamic range yang luas untuk menangani masalah ini dan tentunya di telefon akan ada masalah jika fungsi HDR tak dihidupkan.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10

iPhone melepasi halangan ini dengan jayanya. Cuba lihat bahagian belakang subjek berjaya diabadikan. Langit biru serta talian elektrik yang jelas kelihatan berbanding dua pesaing Androidnya yang hanya tumpukan pada wajah subjek sahaja.

Jika anda mahu nampak flawless, kamera Android adalah teman setia anda. Tapi jika anda mahukan kejituan, Apple adalah jawapannya.

Syaa juka dapati yang jarak fokal kedua-dua kamera selfie Android ini agak panjang. Jadi anda boleh muatkan lebih banyak perkara dalam frame anda semasa berselfie berbanding iPhone yang agak sempit.

Normal

Gambar di bawah diambil dengan kamera dan tetapan default.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10

Realme X2 Pro hasilkan gambar yang menarik terutamanya pada dynamic range. Anda boleh lihat butiran langit dan dedaunan ada kelihatan dalam gambar. Tapi filter HDR-nya agak keterlaluan sehinggakan hampir nampak kesan ghosting pada pinggir pokok berhampiran awan.

Tapi untuk warna, yang paling tepat adalah iPhone diikuti Mi Note 10 kerana saturation-nya pada tahap yang baik.

Makro

Kemudian, saya cuba ambil gambar sedekat mungkin. Kedua-dua Realme X2 Pro dan Mi Note 10 ada fungsi khas untuk makro tapi Mi Note 10 Pro boleh pergi lebih rapat dengan subjek.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10 Pro

Sunggupun iPhone tiada fungsi makro, gambar yang terhasil agak baik dengan kesan bokeh yang cantik.

Pada saya, fungsi makro pada telefon pintar adalah tak berguna sebab jika telefon berada terlalu rapat dengan subjek, bayang-bayang telefon akan mengganggu framing.

Nightmode

Tripod

Nightmode adalah perbandingan yang tentunya menerima perhatian ramai. Rata-rata telefon 2019 ada fungsi nightmode tersendiri berbanding tahun sudah yang kebanyakannya didominasi Huawei.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10

Untuk gambar diatas, telefon diletakkan di atas tripod dan hasilnya menarik. Realme X2 Pro tanpa dijangka ada hasil yang lebih baik. Baik pada dynamic range-nya apabila berjaya menangkap butiran pada balkoni apartment dengan jayanya, jauh lebi baik daripada iPhone.

Bukan saja butiran pada balkoni, cuba lihat pada tempat letak kereta dan bandingkannya dengan hasil di Mi Note 10. Hasilnya nyata berbeza pada.

Untuk kategori ini, sudah tentu Realme X2 Pro jauh mengatasi yang lain.

Handheld

Tapi mana ada orang yang usung tripod kesana-kemari bukan? Untuk mengujinya, dua gambar berikut diambil secara handheld.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10 Pro

Tanpa bantuan tripod, kesemua kamera hasilkan gambar yang hampir serupa, baik daripada segi dynamic range dan kecerahan. Bezanya cuma pada white balance. iPhone dan Mi Note 10 ada profil warna yang lebih sejuk berbanding Realme yang lebih suam.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10 Pro

Tapi dalam keadaan gelap gelita, iPhone 11 lebih menyerlah. Bukan sahaja gambar lebih cerah, ketajaman imej yang terhasil adalah baik dan boleh digunakan untuk media sosial.

Realme X2 Pro hasilkan imej yang paling kabur. Mi Note 10 Pro sedikit lebih baik tapi masih jauh untuk mengejar iPhone.

Zum

Ultrawide

iPhone dikenal pasti sebagai yang ada sudut pandang paling luas dalam kalngan tiga telefon. Realme dan Mi Note pula lebih sempat dan jarak fokal mereka hampir sama.

Daripada sudut kualiti gambar, Realme X2 Pro dan Mi Note 10 hasilkan gambar berjulat dinamik lebih luas. Ia bolehd iperhatikan pada pantulan air dan rumpun-rumpun hijau.

iPhone pula beri penekanan pada langit apabila warnya biru lebih pekat dan julat dinamik tak luas berbanding yang lain.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10

1x

Hasil yang konsistem ditunjukkan oleh kedua-dua telefon Android. White balance dikekalkan pada skala suam dengan julat dinamik yang lebih luas berbanding iPhone.

Pada iPhone, wana agak suram tapi itulah rupa keadaan sebenar semasa saya berada di tempat kejadian iaitu awan mendung tanpa cahaya matahari terus.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10 Pro

2x

Untuk zum tahap ini, kedua-duanya buahkan imej beresolusi 12MP, maka anda boleh jangkakan hasil yang serupa kecuali pada bahagian white balance.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10

5x

Saya tak masukkan ujian 5x daripada iPhone kerana ia tidak sediakan zum pada tahap ini sebaliknya terus ke 10x iaitu maksimum. Tiada apa yang boleh diperhatikan pada tahap ini, gambar biasa, ketajaman yang baik dihasilkan kedua-dua telefon Android.

  • Realme X2 Pro
  • Mi Note 10 Pro

Max

Pada zum maksimum, hasil yang berlainan diperoleh. Mi Note 10 berikan julat zum sehingga 50x digital, Realme 20x, dan iPhone 11 Pro Max 10x. Jadi anda nampak perbezaan framing yang bolah anda dapatkan daripada kesemua telefon.

  • Realme X2 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • Mi Note 10

Kesimpulan

Saya tak rasakan yang 108MP jadikan gambar berkali ganda lebih baik daripada 12MP. Ia lebih bergantung pada cara isyarat digital diproses oleh DSP. Begitu juga dengan bilangan kamera. 6 kamera sekalipun tak boleh jadikan sesebuah telefon jauh mengatasi yang lain.

iPhone seperti biasa cemerlang dalam kategori potret dan selfie, khususnya dalam penghasilan warna kulit. Realme X2 Pro menyerlah dalam kategori nightmode menggunakan tripod tapi gagal semasa handheld.

Untuk zum, tak banyak berbezaan kualiti gambar diperhatikan antara semua telefon. Tapi Android ada kelebihan pada capaian zum yang lebih jauh.

Apa pendapat anda dengan hasil gambar diatas?

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10

Perbandingan Kamera: Realme X2 Pro vs. iPhone 11 Pro Max vs. Mi Note 10

9 December 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER