Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

COVID-19: Hospital, klinik atau di rumah, orang ramai boleh dapatkan ujian saringan

Penularan wabak COVID-19 yang meningkat melebihi 200 peratus pada 15 Mac 2020 membawa kepada tindakan kerajaan untuk menguatkuasakan sekatan pergerakkan yang berkuatkuasa 18 hingga 31 Mac 2020.

Ia merupakan tindakan drastik kerajaan dalam usaha untuk mencegah penularan baharu. Setakat petang 16 Mac 2020, Malaysia merekodkan 533 kes dengan 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi .

Orang ramai juga disaran supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mematuhi garis panduan sekatan pergerakkan yang diumumkan Perdana Menteri pada 16 Mac 2020.

Kriteria Individu yang perlu menjalani saringan kesihatan COVID -19

Ujian saringan COVID-19 diutamakan kepada mereka yang menunjukkan tanda awal jangkitan wabak seperti demam atau mengalami jangkitan salur pernafasan akut dengan mana-mana atau semua simptom iaitu sesak nafas, batuk dan sakit tekak.

Kumpulan atau individu yang:

  • Ada sejarah melawat atau tinggal di negara terjejas, iaitu China (termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan), Korea Selatan, Itali, Iran dan Jepun dalam tempoh 14 hari sebelum gejala.
  • Mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum gejala turut dikehendaki menjalani tapisan kesihatan.
  • Menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling dan memaparkan gejala.

Disarankan supaya berhubung dengan pegawai kesihatan daerah atau ke klinik kesihatan berhanpiran untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

Perkhidmatan Ujian Saringan COVID-19 di Klinik dan Hospital Kerajaan.

Bagi mereka yang mengalami simptom atau tergolong dalam kriteria yang digariskan oleh KKM, anda boleh merujuk ke klinik kesihatan untuk pengesahan awal jangkitan COVID-19.

Setakat ini, negeri Melaka telah menyenaraikan 12 pusat saringan COVID-19 (klinik kesihatan) di tiga daerah beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Bagi negeri-negeri lain, anda boleh merujuk dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk maklumat lanjut berhubung pusat saringan COVID-19 berdekatan.

BACA  Petugas Lalamove ini beroleh pendapatan sehingga RM10 ribu sebulan di musim PKP

Kebiasaannya bagi mereka yang telah disahkan mempunyai jangkitan COVID-19 pihak klinik kesihatan akan merujuk anda untuk tindakan lanjut di hospital. Pihak KKM turut menyenaraikan pusat saringan dan pusat rawatan serta kuarantin di hospital kerajaan. Senarai berkenaan boleh dilihat di sini.

Berhubung harga, kos rawatan untuk hospital kerajaan adalah percuma bagi mereka yang memenuhi kriteria tapisan kesihatan.

Ujian Saringan COVID-19 di hospital swasta dan rumah.

Selain itu, pihak kerajaan juga melaksanakan kerjasama dengan pihak swasta untuk menawarkan perkhidmatan ujian sampingan COVID-19 di hospital atau di rumah.

Pada masa ini, terdapat 11 syarikat swasta yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan ujian sampingan COVID-19 dan senarai ini boleh ditambah dari semasa ke semasa. Syarikat-syarikat berkenaan ialah:

  1. Bookdoc
  2. DoctorOnCall
  3. Pantai Premier Pathology Sdn Bhd
  4. Lablink (M) Sdn Bhd (KPJ)
  5. Qualitas Medical Group Sdn Bhd
  6. Gleneagles Kuala Lumpur
  7. Pusat Perubatan Menara Berkembar KLCC
  8. Hospital Pantai Kuala Lumpur
  9. Hospital Klang
  10. Hospital Pantai Ayer Keroh, Melaka.
  11. KPJ

Bagi saringan di hospital swasta atau rumah, setakat ini kos pemeriksaan yang diketahui menelan harga RM 950 di Hospital Pantai. Qualitas Medical Group Sdn Bhd dan Doctor On Call pula bekerjasama menawarkan khidmat saringan di rumah dengan kos RM 700.

Terdapat juga kit-ujian pantas 30 minit yang boleh didapati pada harga RM 99. Namun kit-ujian oleh MyEG itu masih menunggu lampu hijau oleh kerajaan Malaysia. Tempahan juga mengambil masa dua minggu.

KKM melaksanakan usaha yang proaktif untuk mengekang COVID-19 dan merawat mereka yang disahkan positif wabak. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, anda  boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia atau menghubungi hotline COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm. Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila pertanyaan boleh diajukan di laman sesawang DoctorOnCall.

BACA  BMW beri subsidi RM100 untuk golongan B40 membeli kerusi kereta kanak-kanak

Sumber: KKM, DoctorOnCall, dan Berita Harian