• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo Yoo-turn, kembali bagi 1GB percuma setiap hari

  • OLEH Najib
  • 11:02 am
  • 14/05/2020
  • Komen
Yoodo Yoo-turn, kembali bagi 1GB percuma setiap hari
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam masa 24 jam, Yoodo telah membuat pusingan “Yoo” apabila mengumumkan mereka akan kembali memberikan 1GB data percuma setiap hari. Ia untuk membantu pelanggan agar kekal berhubung semasa berada di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kali ini, tiada tarikh akhir ditetapkan, sebaliknya ia diberikan sehingga diberitahu kelak.

Semalam, Yoodo menyatakan mereka tidak lagi memberi 1GB percuma setiap hari. Sebaliknya mereka akan memberi pelanggan 1GB percuma pada setiap hari Isnin, sehingga tamat tempoh PKPB iaitu pada 18 Mei, 25 Mei, 1 Jun & 8 Jun. 1GB ini diberikan percuma tanpa perlu tebusan, ia akan dikreditkan secara automatik ke dalam kuota pelanggan.



Paparan di laman Yoodo pada 13 Mei 2020

Tetapi dengan pemberian semula 1GB percuma setiap hari bermula hari ini, 14 Mei 2020, pengguna perlu menebusnya setiap hari. Ia adalah cara yang sama digunakan Yoodo untuk memberikan 1GB percuma setiap hari, dari 5 hingga 12 Mei yang lepas.

Penebusan 1GB percuma ini boleh dibuat menerusi aplikasi Yoodo. Buka Aplikasi Yoodo dan pergi ke 1GB Bonus COVID-19 dan tekan Tebus. Kemudian pilih Pas PERCUMA 1GB dan tekan Tebus. Anda boleh melihat kuota tersebut di muka utama beserta waktu luputnya.



Data ini akan boleh digunakan dalam 24 jam dan akan lupus selepas itu, tidak lagi dibawa ke hadapan. Pengguna hanya boleh menebus 1GB data percuma sekali setiap 24 jam.

Jika anda memerlukan lebih banyak data, promosi 20GB data pada harga RM20 sahaja diteruskan sehingga 30 Jun 2020. Selain itu, Yoodo juga baru memperkenalkan beberapa pelan baru seperti perayauan data lebih lama, program ganjaran pengguna setia dan Power Pass 100GB hanya RM2. Maklumat lanjut promosi dan pelan baru ini boleh dirujuk di sini.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB juga percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

Sumber: Yoodo

Tags: Perintah Kawalan Pergerakanyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

Apakah perlindungan ampuh untuk data peribadi anda? Sebuah NAS Synology

19 Mei 2022
Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra

20 Mei 2022
Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

Tonton Astro percuma 30-hari? Memang betul, percuma 60-hari pun boleh

28 April 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

Penyakit monkeypox, adakah kita di Malaysia perlu risau?

24 Mei 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER