• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Saya cuba Photoshop Camera dan ia APP yang “berhantu”

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:51 am
  • 15/06/2020
  • Komen
Saya cuba Photoshop Camera dan ia APP yang “berhantu”
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menggunakan Snapseed sebagai perisian untuk sunting gambar secara mudah alih agak sukar untuk mencadangkan selain daripada Snapseed kepada orang lain. Tapi, Photoshop Camera yang baru saja diumumkan ini lain macam aura “penariknya”.

Ditawarkan secara percuma di Android dan iOS, anda perlu cubanya sendiri untuk rasai kehebatannya. Asasnya, ia menggunakan teknologi AI untuk bantu anda hasilkan gambar yang menawan.



Mantapkan Skill Sunting Gambar Di Telefon Dengan Tutorial Ini

Ada dua cara anda boleh suapkan gambar pada APP ini untuk disunting. Cara yang pertama ialah menggunakan fungsi kamera yang sedia terbina dalam APP ini. Tapi saya tak gemarkan sangat kerana tak banyak perkara boleh digodek berbanding APP kamera telefon sendiri.

Cara kedua adalah, yang saya paling sarankan, ambil gambar daripada album sedia ada untuk disunting.



Nak sunting pun ada macam-macam pilihan. Ada antaranya boleh dimuat turun percuma secara dalam talian. Di bawah adalah beberapa sampel gambar hasil pemprosesan Photoshop Camera dan kenapa saya dapati ia “berhantu”.

Sampel 1

Untuk semua sampel ini, gambar pertama ialah gambar asal. Dalam sampel 1, subjeknya ada latar belakang langit yang suram. Cuba anda lihat keupayaan Photoshop Camera untuk mengesan pinggir subjek untuk diasingkan daripada latar.

Apabila diasingkan, anda boleh tukar langit dengan yang lebih menarik.

Sampel 2

Dynamic range turut mampu dipertingkat. Contohnya pada leher kuda yang agak underexposed. Selepas diproses, anda boleh lihat tekstur kulit keuda dan juga urat-urat yang timbul disekitarnya.

Sampel 3

Selain tukar latar dengan langit yang lebih menarik, ada juga latar jenis sci-fi. Warna gambar turut akan disunting untuk diadunkan dengan latar.

  • Imej asal
  • Lihat pada tahap dynamic range
  • Pengesanan pinggir yang baik
  • Langit latar boleh ditukar
  • Langit latar boleh ditukar

Sampel 4

Gambar malam nak bertukar siangpun tiada masalah dengan Photosop Camera.

Sampel 5

Kalau dalam gambar ada subjek manusia, Photoshop Camera akan mengesan wajahnya. Contoh kegunaan pengecaman wajah adalah simulasi bokeh yang sangat baik. Anda juga boleh gunakan filter berwarna warni untuk kesan yang lebih wow.

Sampel 6

Kalau ada dua subjek dalam gambar yang tak ingin dibokehkan, ia boleh lakukannya. Subjek haiwan dan manusia kekal tajam sebaliknya bahagian latar dikaburkan.

Sampel 7

Ia cukup bijak untuk mengesan subjek makanan dan terapkan filter yang sesuai.

Bacaan berkaitan

Adakah Anda Sunting Gambar Dengan Betul Di Telefon Selama Ini?
Tags: androidappfotografiiOSphotoshopPhotoshop Camera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Saya cuba Photoshop Camera dan ia APP yang “berhantu”

Saya cuba Photoshop Camera dan ia APP yang “berhantu”

15 June 2020
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN