• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jururawat 46 tahun, individu pertama terima vaksin Covid-19 di Asia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:29 pm
  • 30/12/2020
  • Komen
Jururawat 46 tahun, individu pertama terima vaksin Covid-19 di Asia
Share on FacebookShare on Twitter

Ketibaan vaksin Covid-19 di Singapura pada 21 Disember lalu menjadikan Singapura sebagai negara pertama di Asia yang perakukan penggunaan vaksin Pfizer.

Suntikan vaksin itu mula diberikan hari ini kepada beberapa orang individu kakitangan kesihatan di Pusat Nasional Penyakit Berjangkit Singapura (NCID). Individu pertama yang menerima suntikan vaksin itu ialah seorang kakitangan jururawat senior dikenali sebagai Sarah Lim, 46 tahun.



Ini sekaligus menjadikan dirinya individu pertama menerima vaksin di Asia. Suntikan tersebut juga akan diberikan kepada lebih daripada 30 pekerja kesihatan lain di situ pada hari ini.

Proses penerimaan vaksin rakyat Singapura

Apabila kakitangan kesihatan atau warga emas tiba untuk menerima vaksin, mereka akan diberikan borang maklumat dan borang pemeriksaan vaksin daripada kakitangan kesihatan.



Sementara menunggu giliran, mereka akan diminta untuk mengisi butiran peribadi, maklumat perubatan dan persetujuan pada borang pemeriksaan vaksin. Mereka kemudian akan ditemubual oleh kakitangan kesihatan mengenai kelayakan vaksin.

Sekiranya mereka layak menerima vaksin, vaksinator akan menyediakan vaksin dan memberikannya secara intramuskular ke lengan mereka. Kaedah ini akan mempercepatkan penyerapan ubat ke dalam individu yang menerima suntikan.

Setelah menerima vaksin, mereka akan mendapat kad vaksinasi dan akan diperhatikan selama 30 minit. Ini untuk memastikan bahawa mereka berada dalam keadaan baik dan tiada kesan sampingan pengambilan vaksin tersebut.

Vaksin tersebut memerlukan dua suntikan dengan jarak 21 hari. Bagi mereka yang menerima dos pertama pada tarikh 30 Disember 2020, mereka dijadualkan untuk menerima dos kedua pada 20 Januari 2021 tahun hadapan.

Status Vaksin Covid-19 di dunia

Meskipun Malaysia belum menerima vaksin tersebut, akan tetapi Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan media tentang perjanjian pembelian awal vaksin COVID-19 daripada Pfizer.

Beliau juga telah menawarkan diri untuk menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin itu. Ia seterusnya akan diberikan kepada petugas barisan hadapan, kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, penghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) dan individu yang mempunyai masalah saluran pernafasan kronik.

Pada 13 Disember 2020, vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Pfizer-BioNtech mula diagihkan ke seluruh negara Amerika Syarikat. Antara golongan yang diutamakan untuk menerima vaksin itu ialah mereka yang paling berisiko, seperti pekerja barisan hadapan, warga emas dan individu yang terdedah dengan virus ini.

Selain itu, United Kingdom (UK) merupakan negara pertama di dunia yang memperakukan penggunaan vaksin keluaran Pfzier untuk kegunaan awam. Individu pertama yang menerima suntikan ini di negara tersebut ialah seorang warga emas berusia 91 tahun, Margaret Keenan. Suntikan tersebut diberikan di sebuah hospital di Coventry di tengah England.

[Sumber: CNA]

Tags: COVID-19vaksin
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Jururawat 46 tahun, individu pertama terima vaksin Covid-19 di Asia

Jururawat 46 tahun, individu pertama terima vaksin Covid-19 di Asia

30 December 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN