SBM #4 | Bayaran langganan Spotify Family naik harga, data pengguna E-Pay didagangkan

Antara persoalan yang diketengahkan dalam berita minggu ini ialah, Spotify Family naik harga langganan? ada apa dalam Telegram rasmi Darurat? data pengguna E-Pay didagangkan? dan banyak lagi berita lain lagi.

1. Saluran Telegram darurat

Kementerian Komunikasi dan Multimedia ada menyediakan sebuah saluran Telegram khas untuk anda melontarkan sebarang pandangan dan maklum balas mengenai pelaksanaan darurat. Apa yang terjadi dalam saluran itu kini? Ketahui lebih lanjut di sini.

2. Huawei Mate X2 akan dilancarkan

Huawei dilapor akan melancarkan model baharu telefon pintar dengan skrin boleh lipat, Mate X2 tidak lama lagi. Ada ura-ura mengatakan skrin peranti ini menggunakan plastik CPI tahan calar. Manakala skrin kedua di luar pula berukuran 6.45-inci dengan resolusi 2700×1160. Perinciannya di sini.

3. AirAsia lanjut tempoh penerbangan Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia

AirAsia menguar-uarkan tentang lanjutan tempoh penerbangan bagi pemegang Pas Tanpa Had Cuti-Cuti Malaysia iaitu sehingga 30 Jun 2021. Ketahui lanjut di sini.

4. Panasonic berhenti membuat panel solar

Panasonic Corp umum akan menghentikan penghasilan panel solar keluaran mereka. Salah satu kilang penghasilan sel dan panel solar Panasonic, terletak di Malaysia akan diberhentikan sepenuhnya pada Mac 2022. Penjelasan lanjut di sini.

5. Isu ketirisan 380 ribu data sensitif E-Pay

Lebih 350 ribu data sensitif pengguna E-Pay didapati didagangkan di Internet pada kadar 32sen untuk setiap pengguna. Perkara itu dikongsikan oleh Bank Security dan telah dikongsikan di Facebook Group OMG Hackers. Berita lanjut di sini.

6. Alternatif akaun Spotify Family

Bermula 1 Februari 2021, harga langganan Spotify Premium Family telah berubah daripada RM22.40 kepada RM23.80. Sebagai alternatif lain kepada Spotify, ada tiga servis yang boleh anda pertimbangkan. Ketahuinya di sini.

7. Acrobat Web jadikan PDF lebih mudah diubahsuai

Adobe mengumumkan bahawa versi pelayar Acrobat memiliki fungsi yang sama seperti di aplikasi. Lebih mudah kerana pengguna tidak perlu lagi memasang aplikasi Acrobat. Ketahui kelebihannya di sini.