• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix perkenal satu lagi pelan murah untuk pengguna di komputer?

  • OLEH Najib
  • 4:50 pm
  • 17/03/2021
  • Komen
Netflix perkenal satu lagi pelan murah untuk pengguna di komputer?
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix merupakan platform penstriman video terbesar di dunia, dan ia merupakan salah satu pilihan yang boleh dinikmati di Malaysia. Malah, pengguna di Malaysia boleh melanggan pelan Netflix dari serendah RM17 sebulan, yang memberikan akses tontonan di peranti mudahalih sahaja.

Tetapi kini Netflix dilihat mahu menawarkan satu lagi pelan mampu milik untuk pengguna di Malaysia. Perkara ini dikesan oleh seorang pengguna twitter @KevinNgTeck. Beliau mendapati, terdapat satu lagi pelan baru dalam tawaran Netflix, iaitu Mobile+ (atau Mudah Alih+).



Pelan Mobile+ ini berharga RM25/bulan, lebih mahal dari pelan Mobile iaitu RM17/bulan. Tetapi ia memberikan pilihan tontonan lebih baik, seperti kualiti sehingga HD Penuh 1080p, dan boleh menonton di telefon pintar, tablet dan komputer. Masih tidak boleh ditonton di TV. Di pelan Mobile, pengguna tidak boleh menonton di laptop dan TV, serta terhad dengan kualiti SD 480p sahaja.

Kami mengkaji tentang pelan baru ini dan mendapati, tawaran ini hanya boleh didapati jika dibuka dari telefon pintar, tetapi tidak boleh ditemui jika dibuka di komputer. Malah, ia juga ditemui secara rawak. Adakalanya boleh dilihat, adakalanya tiada dalam tawaran pelanggan baru.



Ini mungkin menandakan, Netflix Malaysia masih menguji tawaran pelan ini dan tidak membukanya kepada semua. Perkara ini sebenarnya sama seperti ketika Netflix cuba memperkenal pelan Mobile RM17. Ia pada awalnya awalnya diuji pada bulan November 2018, sebelum dilancarkan secara rasmi pada Oktober 2019.

Dengan pelan Mobile+, pengguna di komputer kini boleh melanggan Netflix RM10 lebih murah berbanding pelan Basic (Asas) berharga RM35. Dengan tambahan RM10, pelan Basic menawarkan tambahan tontonan di TV (Android TV dan TV Pintar) serta tontonan serentak di dua peranti.

Penambahan pelan ini mungkin akibat saingan semakin sengit pasaran penstriman TV, terutama sekali dari Disney+ yang mula mendapat perhatian ramai sejak tahun lepas. Di Malaysia, Disney+ masih belum boleh dilanggan tetapi pihak Walt Disney telahpun menamatkan lesen kandungan mereka bersama Astro dan Netflix. Disney+ telah terdapat di Singapura dan Indonesia dan ketibaannya di Malaysia telah hangat diperkatakan sejak awal tahun ini.

Adakah anda berminat untuk melanggan pelan Mobile+ Netflix dengan membayar RM25/bulan? Jika belum terjumpa, cuba gunakan pelbagai pelayar atau mod ‘Incognito‘ sehingga anda berjumpa tawaran pelan ini.

Terima kasih @KevinNgTK atas pemberitahuan ini.

Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Netflix perkenal satu lagi pelan murah untuk pengguna di komputer?

Netflix perkenal satu lagi pelan murah untuk pengguna di komputer?

17 March 2021
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN