• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Z Fold 2 kini lebih murah RM1,000 dari harga pelancaran

  • OLEH Najib
  • 11:22 am
  • 13/04/2021
  • Komen
Samsung Galaxy Z Fold 2 kini lebih murah RM1,000 dari harga pelancaran
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung meneruskan lagi tawaran baharu mereka untuk bulan April ini dengan satu lagi penurunan harga peranti. Telefon pintar dengan skrin boleh lipat terhebat Samsung, Galaxy Z Fold 2 5G kini lebih murah RM1,000 dari harga asal.

Samsung Malaysia kini mengumumkan harga baharu untuk Galaxy Z Fold 2 5G kepada RM6,999, dari harga asal semasa pelancarannya tahun lepas RM7,999. Telefon ini datang dalam dua pilihan warna, Gangsa atau Hitam.



Selain Galaxy Z Fold 2, pengguna di Malaysia boleh mendapatkan satu lagi telefon pintar Samsung dengan skrin boleh lipat pada harga lebih murah. Galaxy Z Flip kini dijual di Malaysia pada harga RM3,999.

Jika berminat, anda boleh mendapatkan Galaxy Z Fold 2 5G dari Stor Online Samsung Malaysia di sini, dan Galaxy Z Flip di sini.



Spesifikasi

Galaxy Z Fold 2 memiliki dua skrin. Skrin di luar adlaah skrin Super AMOLED HD+ 60Hz berukuran 6.2-inci, dengan resolusi 2260×816. Di dalamnya adalah skrin boleh lipat, memiliki keluasan 7.6-inci apabila dibuka, menggunakan paparan Dynamic AMOLED 2X 120Hz dengan resolusi tinggi QXGA 2208×1768.

Prestasi telefon ini digerakkan oleh pemproses Snapdragon 865+, RAM 12GB dan storan dalaman UFS 3.1 256GB. Ia turut menyokong rangkaian 5G dwi-SIM serta WiFi 6.

Ia dilengkapi dengan tiga kamera di belakang, gabungan kamera utama 12MP F1.8 dengan teknologi autofokus dwi-piksel dan OIS, kamera ultralebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 12MP F2.4 dengan keupayaan zum optikal 2x dan OIS. Di dalam, ia ada satu kamera 10MP F2.2 yang terletak di dalam lubang kecil. Kamera 10MP yang sama turut digunakan di skrin luar.

Tenaganya disalurkan dari bateri 4,500mAh melalui sistem 2-bateri. Ia menyokong pengecasan pantas 25W serta pengecasan wayarles. Telefon ini turut dilengkapi pembesar suara stereo serta kebolehan pembayaran Samsung Pay.

Sama seperti telefon boleh lipat Samsung yang lain, Galaxy Z Fold 2 tidak kalis air dan ia juga tiada jek audio 3.5mm serta tidak menyokong kad mikroSD. Pengimbas capjari pula terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Tags: samsungSamsung Galaxy Z Fold 2
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold 2 kini lebih murah RM1,000 dari harga pelancaran

Samsung Galaxy Z Fold 2 kini lebih murah RM1,000 dari harga pelancaran

13 April 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN