• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #13 | Celcom & Digi bergabung, Mi 11 Ultra telefon Xiaomi termahal & pakej Celcom Max jimat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:35 pm
  • 13/04/2021
  • Komen
SBM #13 | Celcom & Digi bergabung, Mi 11 Ultra telefon Xiaomi termahal & pakej Celcom Max jimat
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang diketengahkan ialah, kenapa Axiata & Telenor gabung operasi? Benarkah Mi 11 Ultra telefon Xiaomi paling mahal di Malaysia? dan apa yang menarik dalam pakej Celcom Max?

1. Axiata & Telenor gabung operasi, membentuk Celcom Digi Berhad

Dalam satu kenyataan media Axiata Group Berhad dan Digi.Com Berhad, mereka umum bahawa Axiata dan Telenor kini dalam perbincangan lanjut untuk menggabungkan operasi syarikat  Celcom dan Digi. Berita lanjut di sini.



2. Mi 11 Ultra telefon Xiaomi paling mahal di Malaysia

Ketibaan Mi 11 Ultra di Malaysia menjadikan ia telefon pintar Xiaomi paling mahal pernah dijual di sini dengan harga RM4,299. Mi 11 Ultra memiliki cip pemproses Snapdragon 888. Skrinnya dari jenis AMOLED berukuran 6.81-inci. Spesifikasi penuh di sini.

3. LG sah berhenti hasilkan telefon pintar

LG mengesahkan syarikat itu berhenti hasilkan telefon pintar setelah lama bertahan. Telefon pintar model yang ada akan tetap dijual, tetapi perniagaan telefon bimbit dijangka ditutup sepenuhnya pada 31 Julai walaupun masih ada beberapa model lagi selepas tarikh itu. Berita penuh di sini.



4. Jam Garmin Enduro tiba di Malaysia

Jam GPS Garmin Enduro memiliki hayat bateri untuk penggunaan sehingga 65 hari. Dengan cas penuh, Garmin Enduro boleh memberikan hayat bateri dengan GPS aktif sehingga 70 jam dan menjadi lebih panjang dengan bantuan pengecasan Solar sehingga 80 jam. Maklumat lanjut di sini.

5. SKMM minta pandangan orang awam perketat piawaian MSQoS

Bagi meningkatkan tahap piawaian perkhidmatan pelanggan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjemput orang ramai dan pihak berkepentingan, memberikan pandangan bagi Piawai Wajib Untuk Kualiti Perkhidmatan atau MSQoS industri telekomunikasi. Caranya ada di sini.

6. Mi Band 6 ditawarkan dengan diskaun untuk pembeli terawal

Mi Smart Band 6 akan dijual di Malaysia bermula 15 April 2021 dengan diskaun eksklusif sebanyak RM20 untuk pembeli terawal di Lazada. Antara naik taraf yang terdapat di Mi Smart Band 6 adalah skrin AMOLED 1.56-inci, 50% lebih luas, serta sensor oksigen dalam darah. Harga dan spesifikiasi lain di sini.

7. Celcom Max, hanya 1 bil untuk internet di rumah dan mudah alih

Celcom telah melancarkan pakej Celcom Max, gabungan pelan jalur lebar Celcom Home Fibre dan pascabayar Celcom Mega dalam satu bil. Tarikan utama Celcom Max ialah MAX Value, penjimatan RM21/bulan untuk seumur hidup. Baca tawaran lain disediakan di sini.

Tags: AxiataCelcom Maxlgmi smart band 6SKMMTelenorXiaomi Mi 11 Ultra
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
SBM #13 | Celcom & Digi bergabung, Mi 11 Ultra telefon Xiaomi termahal & pakej Celcom Max jimat

SBM #13 | Celcom & Digi bergabung, Mi 11 Ultra telefon Xiaomi termahal & pakej Celcom Max jimat

13 April 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER