SBM #17 | Harga langganan Disney+ Hotstar, Jaringan Prihatin Maxis & telco terbaik awal tahun 2021

Antara berita yang diketengahkan ialah, berapa harga langganan Disney+ Hotstar? Apa subsidi jaringan prihatin yang disediakan oleh Maxis untuk penerima BPR? dan Telco apa penyedia telekomunikasi terbaik awal tahun ini?

1. Beli Huawei FreeBuds 4i & sertai cabutan bertuah

Huawei umum Huawei FreeBuds 4i bewarna Honey Red kini boleh didapati pada harga RM379. Dari 1 Mei sehingga 31 Mei 2021, setiap pembelian Earbud terbaru Huawei akan menerima pakej hadiah bernilai RM99.

Tekan sini untuk promosi lain.

2. Disney+ Hotstar tiba di Malaysia

Disney+ akan tiba di Malaysia menggunakan nama Disney+ Hotstar, ia akan mula menyediakan perkhidmatan menstrim kandungan video bermula 1 Jun 2021 di Malaysia. Harga langganan Disney+ Hotstar ialah RM54.90 untuk langganan selama 3 bulan.

Maklumat lanjut di sini.

3. Vivo Y20s G dilancar dengan cip Helio G80 pada harga lebih murah

Vivo Malaysia umum ketibaan telefon pintar gaming mampu milik, Vivo Y20s G. Ia menggunakan cip pemproses Mediatek Helio G80. Ia disertakan RAM 6GB dan bateri berkapasiti 5,000mAh. Harga untuk Vivo Y20s G ialah RM749 sahaja.

Spesifikasi penuh di sini.

4. Facebook rayu pengguna iOS 14.5 benarkan fungsi menjejak data

View Post

Menerusi ciri baru yang dinamakan App Tracking Transparency (ATT) pada iOS 14.5, Apple memerlukan semua pembangun APP di platformnya untuk membenarkan penggunannya memilih untuk tidak dijejak. Perkara ini tidak disenangi Facebook dan ramai lagi pembangun APP yang bergantung kepada iklan sebagai sumber keuntungan.

Berita penuh di sini.

5. Senarai harga 7 produk AioT terbaru Realme

Realme mengadakan Realme AiOT Grand Launch Season 3 dengan menampilkan 7 produk terbaru iaitu Realme Watch S Master Edition, Realme Watch 2, Realme Buds Q2, Realme Buds Air 2 Neo, Realme Cobble Bluetooth Speaker, Realme Motion Activated Night Light dan Realme Alkaline Battery.

Tekan sini untuk ketahui harga dan maklumat jualan.

6. Maxis buka pendaftaran subsidi Jaringan Prihatin

Maxis ada memuat naik portal mengenai pendaftaran program subsidi Jaringan Prihatin, ia akan diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Mereka akan memberikan subsidi RM180 dalam bentuk kredit prabayar atau rebat bil pascabayar, atau subsidi RM300 untuk pembelian telefon pintar kepada penerima BPR.

Maklumat lanjut di sini.

7. OpenSignal: Digi & U Mobile penyedia telekomunikasi terbaik awal tahun ini

OpenSignal telah mengeluarkan laporan berkenaan kelajuan internet mudah alih di Malaysia antara 1 Disember 2020 sehingga 28 Februari 2021. Digi mengungguli laporan OpenSignal kali ini di dalam pengalaman games, video dan muat turun. U Mobile menunjukkan peningkatan dengan anugerah terbaik untuk kelajuan muat naik dan games.

Laporan penuh di sini.