SBM #20 | Celcom kerjasama dengan Allo, Pakej Data Khas Pelajar Digi & Realme 8 5G ada RAM tambahan

Antara berita yang diketengahkan pada video kali ini, apa tawaran baru Digi untuk Pakej Data Khas Pelajar? Posting kandungan Palestin disekat, apa tindakan Facebook kepada Menteri Palestin? Bagaimana Realme 8 5G boleh ada RAM tambahan?

1. Celcom luaskan liputan jalur lebar dengan kerjasama Allo

Celcom dan beberapa anak syarikat di bawahnya, telah menandatangani perjanjian akses dengan Allo Technology Sdn. Bhd (Allo), sebuah anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), untuk memperluaskan Perkhidmatan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) ke lebih banyak kawasan di Semenanjung Malaysia. 

Berita penuh di sini.

2. Realme 8 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 8 5G adalah telefon 5G pertama Realme yang berharga di bawah RM1,000. Menariknya, RAM peranti ini boleh diperluas, ia dilengkapi teknologi Dynamic RAM Expansion (DRE) yang membolehkan sistem telefon mengakses storan untuk digunakan sebagai RAM sementara.

Spesifikasi penuh di sini.

3. Pakej Data Khas Pelajar Digi hanya RM20 sebulan

Digi meluaskan lagi tawaran Pakej Data Khas Pelajar untuk masa terhad. Pakej ini berharga RM20, menyediakan internet berkelajuan tinggi 15GB dengan tempoh sah selama 30 hari. Ia ditawarkan untuk masa terhad kepada semua pelajar Malaysia berusia antara 12 hingga 24 tahun, lahir antara tahun 1997 hingga 2009.

Maklumat lanjut di sini.

4. Posting kandungan Palestin disekat, Facebook minta maaf pada Perdana Menteri Palestin

Eksekutif kanan Facebook meminta maaf kepada Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh dalam satu pertemuan maya berikutan isu menyekat kandungan pro Palestin. Facebook telah mengakui ada masalah yang wujud dengan algoritma dan mereka telah berjanji untuk mengatasinya.

Berita penuh di sini.

5. Asus Zenfone 8 & Zenfone 8 tiba di Malaysia

Zenfone 8 dan Zenfone 8 Flip dilancarkan di Malaysia. Kedua-duanya memiliki prestasi kelas flagship dengan penggunaan pemproses Snapdragon 888. Peranti ini boleh didapati pada harga serendah RM2,699.

Spesifikasi penuh di sini.

6. Telefon Honor pertama ada GMS akan tiba tahun ini

Honor akan melancarkan produk beserta GMS untuk pasaran global. Ia selepas saluran Twitter Honor Jerman berbalas Tweet dengan individu lain yang bertanyakan tentang siri Honor 50 yang bakal dilancarkan kelak.

Berita penuh di sini.

7. Apple iMac & Apple TV 4K

Apple TV 4K dan komputer terbaru Apple, iMac 2021 dengan kuasa cip M1 sudah boleh mula dibeli di Malaysia. Harga jualan Apple iMac 2021 bermula dari RM5,599 dan boleh mencecah sehingga lebih RM10,000. Manakala Apple TV 4K pula berharga serendah RM 849.

Untuk maklumat produk dan jualan boleh tekan pautan ini:

Apple iMac 2021 & Apple TV 4K.