• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kiple dan Western Union bekerjasama mudahkan pemindahan wang luar negara menggunakan aplikasi

  • OLEH Najib
  • 4:47 pm
  • 04/02/2022
  • Komen
Kiple dan Western Union bekerjasama mudahkan pemindahan wang luar negara menggunakan aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Western Union adalah satu nama terkenal di peringkat antarabangsa, dalam urusan penghantaran wang ke luar negara. Mereka kini mengumumkan kerjasama dengan Kiplepay Sdn Bhd (Kiplepay), untuk menjadikan penghantaran wang lebih mudah menggunakan dompet elektronik (eWallet) KiplePay.

Dengan kerjasama ini, pengguna Kiple boleh mengirim dan menerima wang merentasi sempadan negara di peranti mereka bila-bila masa. Di samping itu, pengguna juga boleh mengurus wang di eWallet, memindah, membeli-belah, dan menerima gaji mereka dengan mudah di dalam aplikasi, tanpa memerlukan akaun bank. Western Union beroperasi di lebih 200 negara dan memiliki hampir 600,000 agen di seluruh dunia.



Antara manfaat yang boleh dinikmati pengguna Kiple dengan tawaran Western Union adalah seperti bayaran gaji kakitangan pekerja asing supaya mudah menghantar wang pulang ke negara masing-masing, serta pelajar asing yang melanjutkan pelajaran di Malaysia untuk menerima wang dari keluarga di luar negara.

Bagi pengguna tanpa bank di Malaysia yang mahu memindah wang ke luar negara, boleh mengunjungi mana-mana lokasi agen Western Union di seluruh negara dan membuat pemindahan wang domestik kepada diri mereka dalam bentuk tunai, yang boleh disalurkan ke dalam aplikasi Kiple dengan hanya memasukkan Nombor Kawalan Pemindahan Wang (MTCN) berserta maklumat lain yang dikehendaki. Pengguna boleh menambah nilai e-dompet masing-masing di aplikasi berkenaan menggunakan wang mereka dan menghantarnya dengan mudah kepada insan tersayang di luar negara.



Sebagai promosi pengenalan, Kiple tidak mengenakan caj untuk pemindahan wang Western Union kali pertama, dengan syarat tidak melebihi nilai RM3,000 dan menggunakan aplikasi Kiplepay. Manakala penerimaan wang Western Union menerusi Kiplepay kali pertama, akan menerima bonus RM10.

Kiplepay juga kini menyediakan kad prabayar Visa, yang boleh diguankan untuk pembayaran di mana jua yang menerima kad Visa, serta pengeluaran wang tunai. Jika berminat, anda boleh mendaftar Kiplepay secara percuma dengan memuat turun aplikasi di Apple Appstore dan Google Playstore.

Tawaran pemindahan wang merentas sempadan negara dan penggunaan kad prabayar oleh Kiplepay ini, sangat serupa dengan apa yang telah disediakan oleh BigPay dan Wise. Wise baru sahaja melancarkan kad prabayar mereka di Malaysia dan BigPay telah menyediakan perkhidmatan ini sejak Januari 2020.

BigPay
Wise

Bacaan Berkaitan

  • Wise lancar kad dan akaun berbilang matawang di Malaysia, cara lebih mudah dan murah memindah wang
  • BigPay kini boleh menghantar wang terus ke Bangladesh, India dan Nepal
  • Pengguna BigPay boleh hantar wang dan membayar dengan DuitNow QR tidak lama lagi
  • AirAsia Lancar Kad Prabayar Dengan Fungsi Pintar
Tags: KipleKiplepayWestern Union
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Kiple dan Western Union bekerjasama mudahkan pemindahan wang luar negara menggunakan aplikasi

Kiple dan Western Union bekerjasama mudahkan pemindahan wang luar negara menggunakan aplikasi

4 February 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

KKM dilapor u-turn ke sistem MERS 999 lama susulan kegagalan NG MERS 999

21 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER