• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pelan Sooka VIP+Sports kini lebih murah, tapi untuk masa yang terhad

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:16 pm
  • 10/03/2023
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Sooka menurunkan harga pelan teratasnya VIP TV, kini Sooka mengumumkan pula penurunan harga bagi pelan pertengahannya iaitu VIP+Sports. Bermula 8 Mac 2023, ia boleh didapati dengan harga RM34.90. 

Terdahulu, pelan itu berharga RM41.90. Ia diberi akses pada semua kandungan sukan termasuk Liga Malaysia, Liga Perdana Inggeris, Moto GP dan kesemua rancangan hiburan Sooka. Pelan VIP+Sports boleh ditonton melalui peranti mudah alih dan laman web.



Promosi ini diadakan sempena Liga Malaysia yang telah berlangsung baru-baru ini. Oleh itu, promosi ini tersedia dalam masa terhad dan Sooka tidak menyatakan bila promosi ini akan berakhir. Bagaimana pula untuk mereka yang telah melanggan pelan VIP+Sports? Jangan risau, pelan bulanan anda akan automatik berubah mengikut harga promosi ini. Tapi, hanya jika promosi ini masih berjalan.

Bersempena dengan Liga Malaysia juga, Sooka ada menawarkan pelan khusus untuk peminat bola  sepak Malaysia dengan Pas Perlawanan pada harga RM4.90 untuk setiap perlawanan dan Pas Liga Malaysia pada harga RM28.90 sebulan. Jadi, bagi sesiapa yang nak tengok bola sepak liga Malaysia sahaja, ini pilihan yang lebih baik kerana ia menawarkan lebih banyak perlawanan berbanding siaran percuma RTM.



Untuk sesiapa yang mahu menonton Sooka di TV, anda boleh dapatkan pelan VIP TV pada harga RM62.90 sebulan yang menawarkan kesemua rancangan hiburan dan sukan. Tapi, perlu tahu ia boleh digunakan dengan TV Pintar LG model 2018 ke atas dengan sekurang-kurangnya menggunakan WebOS 4.0, TV Samsung model 2018 ke atas dengan Tizen OS 4.0. Untuk Android TV, ia boleh digunakan dengan TV Sony dan Sharp dengan versi Android 8.0 ke atas.

Tidak lupa juga, tiada kontrak bagi kesemua pelan langganan Sooka. Maka, anda boleh berhenti melanggan pada bila-bila masa. 

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi Sooka di AppStore atau PlayStore, atau boleh membuat langganan di laman web rasmi Sooka.

Tags: astroLiga SuperLiga Super Malaysiasooka
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Pelan Sooka VIP+Sports kini lebih murah, tapi untuk masa yang terhad

10 March 2023
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN