• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Air, iPad Pro & MacBook Air baharu dijangka tiba bulan Mac atau April?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:10 am
  • 22/01/2024
  • Komen
240122 Apple iPad Pro Air MacBook Air
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dikatakan bakal melancarkan model iPad Air, iPad Pro dan MacBook Air sekitar bulan Mac atau April nanti. Namun apakah kemas kini yang akan dilakukan Apple untuk peranti yang akan dilancarkan itu?

iPad Air dengan paparan lebih besar

iPad Air baharu dijangka menawarkan skrin paparan terbesar setakat ini, pada 12.9-inci selain pilihan saiz paparan sedia ada 10.9-inci.



Ciri lain yang mungkin disuntik ke dalam tablet itu adalah termasuk cip Apple M2 bagi memberikan prestasi lebih pantas, bonggol kamera belakang yang direka bentuk semula, sokongan Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

231023-Apple-iPad

iPad Air generasi ke-5 telah dikeluarkan pada Mac 2022 dengan skrin paparan Liquid Retina 10.9-inci dan dijana cip M1. Ia juga menyokong penggunaan Apple Pencil generasi-2 dan Apple Pencil USB-C. Harga semasa untuk iPad Air 64GB adalah bermula dari RM2,899.



iPad Pro yang pertama dengan OLED

iPad Pro 11-inci dan 13-inci yang merupakan tablet keluaran Apple versi paling mewah dijangka akan menjadi iPad pertama dilengkapi dengan paparan OLED.

Teknologi OLED membolehkan paparan iPad Pro menawarkan peningkatan kecerahan, nisbah kontras lebih tinggi, penggunaan kuasa lebih rendah berbanding model sedia ada dengan panel LCD. Malah Apple sudah menggunakan paparan OLED untuk model kebanyakan iPhone dan Apple Watch terkini.

Penukaran kepada OLED berkemungkinan akan membolehkan kadar penyegaran turun lebih jauh kepada 10Hz atau lebih rendah untuk menjimatkan hayat bateri. Model iPhone 14 Pro dan iPhone 15 Pro boleh mencapai serendah 1Hz dengan mod paparan sentiasa hidup.

Model iPad Pro baharu juga dikatakan akan dijana dengan cip Apple M3 untuk memberikan prestasi lebih pantas, pengecasan tanpa wayar MagSafe dan papan kekunci Magic Keyboard yang diperbaharui dengan pad jejak yang lebih besar serta sarung penutup atas aluminium. Seperti iPad Air, tablet itu juga akan mendapat perubahan pada bonggol kamera belakang.

231023-Apple-iPad

Kali terakhir iPad Pro dilancarkan adalah pada 2022 dengan cip M2 bersama pilihan paparan Liquid Retina XDR 12.9-inci atau paparan Liquid Retina 11-inci. 

Disebabkan pertukaran kepada OLED, model iPad Pro baharu itu nanti dijangka lebih mahal. Harga semasa untuk iPad Pro 11-inci 128GB adalah bermula dari RM3,899, manakala untuk 12.9 inci 128GB bermula dari RM5,399.

MacBook Air dengan cip M3 

Apple merancang untuk mengeluarkan beberapa MacBook Air dengan cip M3, berkemungkinan model 13-inci dan 15-inci seterusnya akan dikeluarkan serentak, dan bukannya secara berasingan seperti sering dilakukan sebelum ini.

Dengan cip M3, model MacBook Air dipercayai dapat memberikan paparan grafik lebih baik dalam permainan, termasuk pencahayaan, pantulan dan bayangan yang lebih tepat. Apple telah pun mengemas kini MacBook Pro 14-inci, MacBook Pro 16-inci dan iMac 24-inci dengan cip M3 tahun lepas.

Tiada perubahan dalam reka bentuk dijangka untuk model MacBook Air terbaharu tahun ini, tetapi laptop itu mungkin akan mendapat sokongan Wi-Fi 6E seperti Mac lain.

Kali terakhir Apple mengemas kini MacBook Air 13-inci dengan cip M2 pada Julai 2022, manakala MacBook Air 15-inci dengan cip M2 yang pertama dikeluarkan pada Jun 2023.

240122 Apple iPad Pro Air MacBook Air
MacBook Air 13-inci
240122 Apple iPad Pro Air MacBook Air
MacBook Air 15-inci

Harga semasa untuk MacBook Air 13-inci RAM 8GB + storan 256GB bermula dari RM5,199, manakala MacBook Air 15-inci RAM 8GB + storan 256GB bermula dari harga RM6,199.

Adakah benar kita akan dapat melihat pelancaran iPad Air, iPad Pad dan MacBook Air pada bulan Mac atau April nanti? Kenalah tunggu dan lihat.

[Sumber: MacRumors]

Bacaan berkaitan:

  • Apple atasi Samsung jadi pengeluar telefon pintar nombor 1 dunia, catat kenaikan pasaran
  • Satu komponen akan dibuang daripada Apple Watch bagi elak pengharaman jualan
  • Diskaun hingga RM540 untuk iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max sempena Tahun Baru Cina
Tags: appleApple iPadapple macbookcip m3 appleipad Airipad proMacBookmacbook air
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
240122 Apple iPad Pro Air MacBook Air

iPad Air, iPad Pro & MacBook Air baharu dijangka tiba bulan Mac atau April?

22 January 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER