• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri Akaun Remaja Meta diperluas ke Malaysia, jamin keselamatan pengguna bawah 18 tahun

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:59 pm
  • 17/04/2026
  • Komen
Ciri Akaun Remaja Meta diperluas ke Malaysia, jamin keselamatan pengguna bawah 18 tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Meta kini mula melancarkan ciri Akaun Remaja (Teen Accounts) di Malaysia, melibatkan platform seperti Instagram, Facebook dan Messenger. Ini bukan sekadar kemas kini biasa, sebaliknya satu perubahan besar dalam cara Meta melindungi pengguna remaja di platform mereka.

Berbeza dengan sebelum ini, di mana ibu bapa perlu mencari dan mengaktifkan sendiri tetapan keselamatan, pendekatan baharu ini menjadikan perlindungan sebagai tetapan lalai. Ini bermakna, akaun pengguna di bawah 18 tahun akan secara automatik ditukar kepada akaun dengan kawalan yang lebih ketat.



Akaun ditetapkan Peribadi automatik

Perubahan paling ketara melalui Akaun Remaja ini adalah, semua akaun kini ditetapkan sebagai peribadi secara automatik. Ini bermakna hanya individu yang diluluskan sahaja boleh melihat hantaran, senarai rakan, serta halaman yang diikuti.

Malah, jika ada orang menandakan (tag) mereka dalam sesuatu hantaran, ia tidak akan terus muncul di profil. Remaja perlu semak dan luluskan terlebih dahulu.



Dalam masa sama, Meta turut memperkenalkan mod Tidur. Bermula dari pukul 10 malam hingga 7 pagi, notifikasi akan dimatikan dan mesej yang diterima akan dibalas secara automatik.

Satu lagi perubahan penting melibatkan keselamatan dalam mesej peribadi (DM). Imej yang disyaki mengandungi kandungan sensitif akan dikaburkan secara automatik, bersama amaran kepada pengguna.

Beberapa fungsi juga dihadkan. Remaja tidak lagi dibenarkan membuat siaran langsung (Live) di Instagram, dan kandungan mereka tidak boleh diolah semula (remix) oleh orang yang tidak dikenali. Malah, ciri Meta AI turut dihadkan untuk pengguna remaja bagi mengelakkan ia memberikan jawapan yang tidak sesuai.

Bagi mengawal masa penggunaan, aplikasi turut akan memaparkan peringatan selepas 60 minit penggunaan sebagai galakan untuk berehat daripada skrin.

Kandungan dan carian juga ditapis

Meta turut memperketatkan tahap penapisan kandungan. Kandungan berkaitan alkohol, tembakau atau aksi berbahaya akan dikurangkan atau tidak dipaparkan langsung di Explore dan Reels.

Carian untuk topik sensitif seperti merbahayakan diri atau kandungan grafik juga akan disekat, termasuk jika pengguna menggunakan ejaan lain untuk cuba melangkau sekatan tersebut.

Dalam masa sama, remaja tidak boleh mengikuti atau berinteraksi dengan akaun yang kerap berkongsi kandungan tidak sesuai. Akaun sebegini juga akan dihadkan daripada menghantar mesej atau meninggalkan komen kepada pengguna remaja.

Tetapan boleh diubah dengan kebenaran ibu bapa

Bagi pengguna bawah 16 tahun, tetapan keselamatan ini tidak boleh diubah tanpa kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Meta turut menyediakan pilihan tambahan seperti tetapan “Limited Content” yang lebih ketat, termasuk keupayaan untuk mengehadkan interaksi atau mematikan ruangan komen sepenuhnya.

Apa makna untuk ibu bapa dan remaja

Hakikatnya, media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian remaja. Ia digunakan untuk berhubung dengan kawan ataupun hiburan. Namun risiko keselamatan tetap ada. Justeru, Akaun Remaja ini bukan bertujuan untuk menyekat sepenuhnya penggunaan media sosial, tetapi untuk membantu remaja membina tabiat penggunaan yang lebih selamat sebelum diberikan kebebasan sepenuhnya.

Pelaksanaan ciri ini sedang dilakukan secara berperingkat di Malaysia. Jika anak anda belum menerima perubahan ini, mungkin mereka akan menerimanya dalam masa terdekat.

Tags: Akaun RemajaFacebookinstagrammeta
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Ciri Akaun Remaja Meta diperluas ke Malaysia, jamin keselamatan pengguna bawah 18 tahun

Ciri Akaun Remaja Meta diperluas ke Malaysia, jamin keselamatan pengguna bawah 18 tahun

17 April 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN