• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kamera tersembunyi vivo NEX kini ditemui di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 23/07/2018
  • Komen
Kamera tersembunyi vivo NEX kini ditemui di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun vivo popular dengan kamera swafoto, ia juga menghasilkan beberapa teknologi canggih di kamera telefon pintar. Ini dapat dilihat dalam vivo NEX, telefon pintar yang baru mereka lancar di Malaysia.

Telefon pintar vivo NEX menampilkan skrin nirbingkai meliputi 91.24% muka depan, tanpa takuk di dahi skrin. Ini dihasilkan dengan beberapa teknologi baru yang dipasang padanya.



Skrin vivo NEX menggunakan paparan AMOLED dan berukuran 6.59-inci. Ia memiliki resolusi FHD+ 2316×1080 dengan nisbah ukuran skrin 19.3:9.

Kamera depannya tersorok di di dalam badan, dan keluar apabila ia diperlukan. Teknologi ini berbeza dengan OPPO Find X, kerana hanya kamera depan vivo NEX yang tersorok.



Lubang speaker juga tidak kelihatan di vivo NEX kerana speakernya terdapat pada skrin sendiri. Begitu juga dengan beberapa sensor seperti jarak dan sensor cahaya, juga terdapat di dalam skrin.

Lebih canggih lagi, pengimbas capjari di vivo NEX juga terdapat di dalam skrin. Ia bukanlah yang pertama untuk vivo kerana ia telah menggunakan teknologi yang sama di dalam telefon vivo X21 yang dilancarkan bulan lepas.

vivo NEX adalah telefon pintar berkuasa tinggi. Ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 845, bersama 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Bahagian fotografinya diperkasa dengan dwi-sensor kamera belakang, 12MP F1.8 + 5MP F2.4, dengan penstabil imej optikal (OIS) 4-paksi dan penstabil imej elektronik (EIS). Kamera depannya pula 8MP F2.0, tersembunyi dibelakang skrin dan keluar bila perlu.

Bateri 4,000mAh dipasang di dalam vivo NEX dan boleh dicas melalui sambungan USB-C.

Telefon pintar vivo NEX diumumkan berharga RM2,799 di Malaysia. Ia akan dijual bermula 28 Julai 2017 dan boleh dibeli di stor konsep vivo serta pengedar sah vivo di seluruh Malaysia.

Tags: vivovivo Malaysiavivo nexvivo NEX Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Kamera tersembunyi vivo NEX kini ditemui di Malaysia

Kamera tersembunyi vivo NEX kini ditemui di Malaysia

23 July 2018
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER