• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AMARAN: Celcom 5G tiada data tanpa had, tidak seperti Yes 5G

  • OLEH Najib
  • 1:59 pm
  • 02/11/2022
  • Komen
AMARAN: Celcom 5G tiada data tanpa had, tidak seperti Yes 5G
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu ini, beberapa syarikat telekomunikasi (telco) utama di Malaysia telah mengumumkan kesediaan mereka untuk memulakan perkhidmatan 5G menerusi rangkaian Digital Nasional Berhad (DNB). Salah satu daripadanya adalah Celcom, yang memberikan akses 5G kepada pengguna prabayar dan pascabayar mulai 1 November 2022.

Sehubungan itu, ada pengguna Celcom begitu riang dan gembira apabila melihat peranti mereka mula memaparkan logo 5G di bahagian rangkaian. Tetapi ini tidak termasuk pengguna iPhone yang masih dipinggirkan hak mereka untuk menggunakan 5G di Malaysia.



Bagaimanapun, kecoh semalam apabila ada pengguna yang menyatakan kuota data mereka habis terlalu cepat selepas mengaktifkan 5G. Dikatakan ini bertentangan dengan janji DNB dahulu bahawa data semakin murah apabila DNB melaksanakan rangkaian borong tunggal (SWN) 5G di Malaysia. Malah, kenapa perlu ada kuota di 5G?

Kita tinggalkan dahulu semua janji manis 5G tetapi membuat semakan, adakah Celcom tidak memberikan penggunaan 5G tanpa had? Sedangkan dalam kenyataan rasmi mereka sebelum ini menyebut: Celcom akan mengecualikan yuran akses 5G kepada pelanggan, mengikut kuota pelan mereka sehingga 31 Disember 2022.



Hanya mengecualikan yuran akses 5G?

Kenyataan ini boleh dilihat membawa maksud, akan ada bayaran tambahan jika pengguna mahu menggunakan 5G selepas 31 Disember 2022. Ia tidak bermakna, data 5G tanpa had diberi sehingga akhir tahun. Jika benar, sangat mengejutkan kerana Yes 5G memberi data 5G tanpa had untuk semua pengguna, kerana DNB memberi akses 5G tanpa had untuk telco.

Untuk memastikan perkara ini, saya membuat sedikit ujian. Saya menggunakan pelan Celcom Xpax Postpaid Lite L, dengan kuota 16GB sebulan berkelajuan tinggi. Mengejutkan, saya dapat bersambung ke rangkaian 5G menerusi telefon pintar Samsung Galaxy S20 FE 5G. Walaupun pelan saya ini sebenarnya tiada dalam senarai.

Saya telah menangkap layar kuota data saya sebelum dan selepas membuat ujian Speedtest. Untuk makluman pembaca, dengan kelajuan 5G mencecah 1Gbps, data yang digunakan Speedtest boleh mencecah 1GB.

Ujian Speedtest #1

Dalam ujian pertama, kuota saya sebelum Speedtest ada 12.75GB. Speedtest yang dibuat mencecah 542Mbps muat turun dan 39.1Mbps muat naik. Data yang digunakan adalah sekitar 800MB.

Semakan selepas Speedtest menunjukkan tiada perubahan kuota data, masih 12.75GB.

Ujian Speedtest #2

Ujian kedua pula, masih dengan kuota berbaki 12.75GB. Kelajuan muat turun mencatat 477Mbps dan muat naik 38.8 Mbps, menggunakan lebih 700MB data. Tetapi baki kuota masih tidak berubah 12.75GB.

Ujian ketiga pula dibuat agak lama kemudian, berbaki kuota 12.31GB. Kelajuan muat turun adalah 530Mbps dan muat naik 44.9Mbps, menelan 700MB. Baki kuota juga tidak berubah, masih kekal 12.31GB.

Ujian Speedtest #3

Selepas itu, saya membuka aplikasi Netflix dan memuat turun dua filem, Cemara’s Family 2 (517MB) dan Luckiest Girl Alive (548MB). Baki kuota saya berkurangan lebih 1GB, menjadi 11.22GB sahaja.

Ujian Speedtest dan Netflix

Ini menunjukkan, Celcom mengenakan penggunaan data untuk Netflix, tetapi tidak di Speedtest. Untuk mengesahkannya sekali lagi, saya menjalankan ujian Speedtest kali keempat.

Kelajuan muat turun kali ini 559Mbps dan muat naik 36.1Mbps, menggunakan hampir 700MB. Hasilnya seperti dijangka, tiada penolakan kuota data. Ini menguatkan hipotesis saya bahawa, Celcom tidak menolak data untuk Speedtest tetapi ada menolak data untuk aplikasi lain.

Ujian Speedtest #4

Sebagai rumusan, penemuan saya ini mengesahkan bahawa Celcom tidak menjanjikan data tanpa had untuk pengguna sehingga 31 Disember 2022. Sebaliknya Celcom tidak mengenakan bayaran sahaja untuk menggunakan 5G. Kuota data masih ditolak seperti penggunaan 4G LTE.

Mengapa Celcom mengambil langkah yang berbeza dengan tawaran Yes 5G sebelum ini? Yes memberikan penggunanya kuota 5G tanpa had, selaras dengan pengumuman DNB yang menyediakan rangkaian 5G mereka percuma untuk telco sehingga satu waktu yang ditetapkan kelak.

Kami telah menghubungi Celcom dan DNB untuk pengesahan dan akan memaklumkan kepada anda jika ada maklum balas mereka.

Bacaan Berkaitan

  • Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022
  • Digi meterai perjanjian 5G selama 10 tahun, masih belum tahu bila perkhidmatan 5G bermula
  • Kenapa Maxis tak umumkan bila akan ada 5G? Ini jawapan mereka
  • U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih
  • Unifi kini tawarkan 5G, ini pilihan untuk anda pertimbangkan
  • Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan
Tags: 5gcelcomDNB
Najib

Najib

POPULAR

AMARAN: Celcom 5G tiada data tanpa had, tidak seperti Yes 5G

AMARAN: Celcom 5G tiada data tanpa had, tidak seperti Yes 5G

2 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER