• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa lokasi Starlink seterusnya ditentukan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan?

  • OLEH Najib
  • 4:47 pm
  • 28/07/2023
  • Komen
Kenapa lokasi Starlink seterusnya ditentukan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan?
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil telah menyatakan, 10 unit Starlink daripada 40 unit yang ditempah kerajaan Malaysia, akan diletakkan di UiTM. Unit pertama Starlink, telah pun siap dipasang di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Ia dipasang bukan sebagai penyelesaian utama di kampus tersebut, sebaliknya untuk membantu para pelajar mendapatkan internet yang lebih baik, sementara menunggu peruntukan lebih besar bagi pemasangan ‘access point’ bagi Wifi kampus.

Di mana pula lokasi seterusnya yang akan dipasang Unit Starlink?



Starlink akan ditempatkan di Sekolah dan Klinik Kesihatan

Selain itu, beberapa lokasi kampung orang asli dan komuniti di kawasan pedalaman tanpa akses internet akan dikenalpasti untuk dibantu. pic.twitter.com/5ctrTicnN4

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) July 27, 2023

Fahmi menjawab soalan ini dengan mengatakan, dia telah telah berhubung dengan Menteri Pendidikan serta Menteri Kesihatan bagi mengenalpasti beberapa lokasi sekolah dan klinik kesihatan yang memerlukan bantuan internet satelit.

Fahmi juga mengatakan bahawa beberapa lokasi kampung orang asli dan komuniti di kawasan pedalaman tanpa akses internet akan dikenalpasti untuk dibantu.



Namun begitu, penyedia-penyedia perkhidmatan internet satelit sedia ada tidak akan diketepi. Program ‘Broadband Wireless Access’ SKMM akan dipertingkat. Ini adalah sebahagian daripada usaha KKD bagi menangani isu akses internet di 3% kawasan berpenduduk yang masih tiada liputan, tambah Fahmi lagi.

Program internet satelit telah disediakan di Malaysia oleh Connectme Now sebelum ini. Menerusi pelancaran satelit MEASAT-3D tahun lepas, Connectme Now kini mampu menyediakan internet satelit berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps. Satelit baru ini juga menawarkan peningkatan kapasiti sebanyak 30Gbps untuk menyokong lebih ramai pengguna.

ConnectMe Now sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil

Sebelum ini, Fahmi ada menyebut bahawa 97% kawasan berpenduduk telah mempunyai akses internet. Bagi 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian. Tetapi pemasangan di UiTM sebaliknya bukan akibat lokasi mencabar, tetapi menampal titik buta akibat sambungan internet mudah alih dan akses WiFi yang tidak lengkap.

[Sumber: Fahmi Fadzil]

Bacaan Berkaitan

  • Tiada lagi ConnectMe@Home, ConnectMe kini beri tumpuan perkhidmatan Internet luar bandar
  • MEASAT sedia internet satelit percuma untuk tentera di pos kawalan sempadan terpencil
  • Mencuba Internet ConnectMe Now di Pos Sinderut, kami beroleh 45Mbps
  • UiTM akan terima 10 unit Starlink, kampus yang dinyatakan sudahpun ada Unifi
  • Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia, RM220 sebulan dengan kelajuan sehingga 100Mbps
  • Fahmi Fadzil: Kerajaan pasang Starlink pertama di UiTM Kuala Pilah sebagai penyelesaian internet sementara
Tags: Fahmi FadzilSKMMStarlink
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Kenapa lokasi Starlink seterusnya ditentukan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan?

Kenapa lokasi Starlink seterusnya ditentukan oleh Menteri Pendidikan dan Menteri Kesihatan?

28 July 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN