• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun Galaxy Note9 dilanjutkan hingga 28 Februari

  • OLEH Najib
  • 5:42 pm
  • 18/01/2019
  • Komen
S-Pen adalah kemaskini paling besar di Galaxy Note9
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun lepas, Samsung Malaysia telah menjalankan promosi diskaun RM400 untuk Galaxy Note9. Hari ini, mereka mengumumkan promosi ini dilanjutkan sehingga 28 Februari 2019.

Diskaun RM400 ini terdapat untuk semua model dan warna Galaxy Note9, kecuali warna Lavender Purple dengan 512GB storan. Warna lain Galaxy Note9 ialah Ocean Blue, Midnight Black dan Metallic Copper.



Promosi ini boleh didapati di semua Stor Samsung Experiences di seluruh Malaysia, serta pengedar sah yang terlibat. Selain itu, ia juga boleh dibeli dalam talian di Stor Online Samsung Malaysia.

Galaxy Note9 memiliki S Pen yang jauh lebih berkuasa dari sebelumnya. S Pen kini boleh menjadi alat kawalan jauh, untuk digunakan seperti mengambil gambar, mengawal slaid, menonton video dan banyak lagi.



Prestasinya juga terbaik. Ia dikuasakan cip Exynos 9810, dengan pilihan RAM 6GB dan storan 128GB, atau RAM 8GB dan storan 512GB. Skrinnya berukuran 6.4-inci dengan resolusi QuadHD+, menggunakan paparan Super AMOLED Infinity Display, tanpa takuk.

Ia didatangkan dengan dwi-kamera belakang 12MP, berkuasa dwi-apertur (F1.5 & F2.4) dan berkeupayaan 2x zum optikal. Bateri 4,000mAh dimuatkan di dalamnya tahan sangat lama, dan ia boleh dicas pantas melalui USB-C serta menyokong pengecasan wayarles. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Jangan terlepas untuk mendapatkan Galaxy Note9 dengan diskaun RM400 ini. Ingat, sehingga 28 Februari nanti. Tapi mungkinkah harganya akan kembali ke asal selepas Galaxy S10 dilancarkan bulan depan?

Maklumat lanjut tentang promosi ini boleh didapati di laman diskaun RM400 Samsung Galaxy Note9.

Tags: Galaxy Note9samsung
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
S-Pen adalah kemaskini paling besar di Galaxy Note9

Diskaun Galaxy Note9 dilanjutkan hingga 28 Februari

18 January 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN