• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple sahkan acara “Pro and tell” 29 pada Oktober, MacBook Pro & iPad mini OLED dijangka tiba

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:29 pm
  • 20/10/2026
  • Komen
Apple sahkan acara “Pro and tell” 29 pada Oktober, MacBook Pro & iPad mini OLED dijangka tiba

Screenshot

Share on FacebookShare on Twitter

Bulan Oktober nampaknya menjadi tempoh yang sibuk buat Apple. Syarikat teknologi dari Cupertino itu mengesahkan bakal mengadakan satu lagi acara khas minggu depan dengan tema “Pro and Tell”. Pengumuman ini dibuat menerusi hantaran Naib Presiden Kanan Pemasaran Sedunia Apple, Greg Joswiak di laman X miliknya.

Ini merupakan acara pelancaran produk kedua Apple pada bulan ini. Minggu lalu, Apple telah memperkenalkan barisan produk rumah pintar baharu menerusi acara “Welcome Home”, termasuk Apple TV 4K generasi baharu dan HomeView.



Can’t wait to pro and tell next week. pic.twitter.com/3wUkxwq35i

— Greg Joswiak (@gregjoz) October 19, 2026

Dalam hantaran tersebut, Greg Joswiak memuat naik klip animasi logo Apple bersama kapsyen “Can’t wait to pro and tell next week”, tanpa mendedahkan produk yang bakal diperkenalkan.

Sumber gambar: 9to5mac

Bagaimanapun, jemputan rasmi kepada media mengesahkan acara itu akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 28 Oktober 2026, jam 10 pagi waktu tempatan. Di Malaysia, acara tersebut dijadualkan pada 29 Oktober, jam 1 pagi.



MacBook Pro, iMac baharu dan iPad mini OLED dijangka diperkenal

Tentu ramai yang tertanya apa yang mungkin dilancarkan Apple minggu depan? Menurut penganalisis teknologi Mark Gurman, Apple dijangka mengemas kini barisan Mac dan iPad menerusi beberapa peranti baharu.

Game plan is still the same: Touch-Screen MacBook Pro, 14-inch M6 MacBook Pro, new iMac, iPad mini OLED all set for next week. https://t.co/ozSdJNsKtM

— Mark Gurman (@markgurman) October 19, 2026

Antara produk yang dijangka diperkenalkan adalah MacBook Pro 14 inci dan 16 inci generasi baharu. Model ini dikhabarkan bakal menggunakan skrin OLED dengan sokongan sentuhan buat kali pertama, selain dilengkapi Dynamic Island serta rekaan yang lebih nipis dan ringan. Kedua-duanya juga dijangka dikuasakan oleh cip M5 Pro dan M5 Max.

Selain model tersebut, Apple turut dikhabarkan akan memperkenalkan MacBook Pro 14 inci versi permulaan yang menggunakan cip M6. iMac 24 inci baharu dengan cip yang sama juga dijangka diperkenalkan.

iPad mini OLED juga dijangka membuat kemunculan pada acara ini. Selain menggunakan panel OLED, tablet kecil itu dikhabarkan akan menerima sistem pembesar suara yang dipertingkatkan, cip A20 Pro, serta kedudukan kamera hadapan yang diposisikan semula.

Tentunya maklumat yang diperoleh setakat ini masih belum dapatkan disahkan kesahihannya. Namun, kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui produk yang bakal diperkenalkan Apple memandangkan acara “Pro and tell” akan berlangsung tidak lama lagi.

Tags: appleimacipadiPad mini OLED
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Apple sahkan acara “Pro and tell” 29 pada Oktober, MacBook Pro & iPad mini OLED dijangka tiba

Apple sahkan acara “Pro and tell” 29 pada Oktober, MacBook Pro & iPad mini OLED dijangka tiba

20 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN