• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Realme 3 Pro terdedah sebelum dilancarkan

  • OLEH Najib
  • 11:06 am
  • 13/05/2019
  • Komen
Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange
Share on FacebookShare on Twitter

Realme 3 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada hari Rabu ini, dengan harga dan tarikh jualannya masih menjadi misteri. Tetapi rahsia harga jualannya telah terbongkar apabila SatuGadget membuka tempahan awal untuk peranti tersebut.

Menerusi status di Facebook Satu Gadget, mereka menyenaraikan semua harga terbaru untuk peranti Realme bersama tempahan awal untuk Realme 3 Pro. Harga jualan Realme 3 Pro turut dipamerkan seperti berikut:



  • Realme 3 Pro (RAM 4GB + storan 64GB) – RM899
  • Realme 3 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RM1099

Harga ini sedikit sebanyak menyerupai harga pelancaran Realme 2 Pro tahun lepas, di mana kini ia dijual dengan harga seperti berikut:

  • Realme 2 Pro (RAM 4GB + storan 64GB) – RM799
  • Realme 2 Pro (RAM 6GB + storan 64GB) – RM849
  • Realme 2 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RM999

Seperkara lagi, Realme sering membuat promosi kilat istimewa dan semasa pelancaran Realme 2 Pro tahun lepas, mereka memberi diskaun untuk pembeli terawal. Dalam promosi tersebut, Realme 2 Pro dengan RAM 8GB dan storan 128GB dijual pada harga RM999 sahaja. Jika Realme mengekalkan tradisi mereka, kita boleh menjangkakan Realme 3 Pro juga akan diberikan harga istimewa untuk pembeli terawal.



Apabila dibandingkan dengan pesaing terdekatnya iaitu Redmi Note 7, harga Realme 3 Pro mungkin lebih mahal. Tetapi Realme 3 Pro memiliki perkakas yang lebih baik dari Redmi Note 7. Harga jualan Redmi Note 7 adalah seperti berikut:

  • Redmi Note 7 (RAM 3GB + storan 32GB) – RM679
  • Redmi Note 7 (RAM 4GB + storan 64GB) – RM799
  • Redmi Note 7 (RAM 4GB + storan 128GB) – RM949

Terdapat beberapa kelebihan pada Realme 3 Pro berbanding Redmi Note 7, antaranya pemproses Snapdragon 710 yang lebih berkuasa, serta sokongan pengecas VOOC yang jauh lebih pantas, walaupun masih menggunakan port mikroUSB.

Selain itu, Realme 3 Pro memiliki skrin bertakuk kecil seluas 6.3-inci beresolusi HD Penuh+, bersama bateri di dalam berkapasiti 4,045mAh. Ia dilengkapi dwi-lensa kamera belakang gabungan 16MP F1.7 dan 5MP F2.4, dengan keupayaan Ultra HD dan tangkapan malap Super Nightscape. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 25MP.

Kenali lebih dekat tentang Realme 3 Pro menerusi video unboxing kami di bawah ini.

Tags: RealmeRealme 3 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange

Harga Realme 3 Pro terdedah sebelum dilancarkan

13 May 2019
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN