• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon lama Android dan iPhone tidak lagi boleh guna WhatsApp tahun depan

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 17/12/2019
  • Komen
Trend dunia menunjukkan warga emas sumber utama penyebaran berita palsu
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp adalah aplikasi permesejan paling popular di Malaysia. Tetapi ia tidak lagi boleh digunakan di peranti Android dan iPhone yang terlalu lama tahun depan.

Dalam ruangan soalan lazim FAQ yang baru dikemaskini, WhatsApp menerangkan bahawa telefon pintar yang menjalankan sistem operasi Android 2.3.7 dan ke bawah serta iOS 8 ke bawah, tidak lagi boleh menggunakan WhatsApp bermula 1 Februari 2020.



Buat masa ini, pengguna sistem operasi yang disebut di atas masih boleh menggunakannya seperti biasa, tetapi tidak boleh lagi mencipta akaun baru, atau mengesahkan semula akaun.

Untuk sokongan pengguna pula jika berhadapan masalah, WhatsApp hanya memberi bantuan untuk pengguna sistem operasi Android 4.0.3 dan ke atas, iOS 9 ke atas dan KaiOS 2.5.1 ke atas sahaja. Lain-lain sistem operasi telah lama ditamatkan penggunaannya seperti BlackBerry OS dan Window Phone OS.



Perkara ini seharusnya tidak memberi kesan besar kepada pengguna kerana data Google pada bulan Mei lepas mendapati, hanya 0.3% pengguna Android yang masih menggunakan sistem operasi Android 2.3.7 dan ke bawah.

Jika anda tergolong dalam kelompok pengguna Android 2.3.7 dan ke bawah, kami menasihatkan anda untuk bertukar ke telefon baru. Ia boleh didapati pada harga murah juga seperti Nokia 8110 4G dan Nokia 2730 yang menggunakan KaiOS. Atau telefon pintar Android seperti Redmi 8 (RM499), Realme C2 (RM399), atau Wiko Sunny 4 (RM199). Boleh juga semak senarai telefon pintar kami di bawah RM600 di bawah ini.

Pilihan telefon pintar terbaik di bawah RM600 tahun 2019

Sumber: WhatsApp, Android Authority

Tags: androidiOSwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Trend dunia menunjukkan warga emas sumber utama penyebaran berita palsu

Telefon lama Android dan iPhone tidak lagi boleh guna WhatsApp tahun depan

17 December 2019
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN