• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi Smart Band 5 mula dijual di Malaysia pada harga lebih tinggi

  • OLEH Najib
  • 10:48 am
  • 24/07/2020
  • Komen
Mi Smart Band 5 mula dijual di Malaysia pada harga lebih tinggi
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diumumkan beberapa hari lepas, hari ini Xiaomi Malaysia mula menjual penjejak kecergasan terbaru mereka, Mi Smat Band 5 di Malaysia. Ia boleh dibeli menerusi kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee. Jualan di kedai fizikal Mi Store akan bermula pada 27 Julai.

Seperti yang dijangka juga, harga jualan Mi Smart Band 5 lebih mahal dari model sebelumnya. Mi Smart Band 4 ketika dilancarkan di Malaysia, berharga RM149. Tetapi untuk Mi Smart Band 5, ia diumumkan lebih mahal RM20, berharga RM169.



Lawatan ke stor rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee menunjukkan, hanya warna hitam ditawarkan. Warna strap yang lain masih tidak ditemui di stor tersebut.

Antara pembaharuan di Mi Smart Band 5 berbanding versi terdahulu adalah skrin AMOLED lebih besar berukuran 1.1-inci, pengecas magnetik, alat kawalan jauh kamera dan pengesan jejak lebih tepat.



Banyak perkara masih dikekalkan untuk Mi Smart Band 5 antaranya penjejak kecergasan, pengesan denyutan nadi 24/7, penjejak waktu tidur, serta kalis air sehingga 5ATM, atau sehingga 50 meter di bawah air.

Tetapi terdapat beberapa perkara yang tiada di Mi Smart Band 5 global, berbanding versi di China. Antaranya tiada NFC terbina di dalam, tiada pengesan SpO2 dan tiada pembantu suara maya.

Sumber: Facebook

Tags: mi band 5xiaomixiaomi mi band 5
Najib

Najib

POPULAR

Mi Smart Band 5 mula dijual di Malaysia pada harga lebih tinggi

Mi Smart Band 5 mula dijual di Malaysia pada harga lebih tinggi

24 July 2020
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

Tune Talk peroleh lesen daripada MCMC untuk miliki dan kendalikan infrastruktur rangkaian

22 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

Honor Magic 9 Pro Max rasmi di Malaysia dengan dwikamera ARRI 200MP, harga RM5,999

24 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN