• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung akan melancarkan siri Galaxy S21 pada 14 Januari

  • OLEH Najib
  • 11:26 am
  • 04/01/2021
  • Komen
Samsung akan melancarkan siri Galaxy S21 pada 14 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini mengumumkan akan mengadakan majlis Galaxy Unpacked, pada 14 Januari 2021, bertemakan “Welcome to the Everyday Epic“. Acara ini dijangka akan memperkenalkan peranti flagship terbaru siri Galaxy S dari Samsung, dikhabarkan menggunakan nama Galaxy S21.

Majlis pelancaran ini akan diadakan secara maya dan akan disiarkan menerusi laman web www.samsung.com, pukul 11 malam waktu Malaysia. Kebiasaannya, ia akan turut disiarkan di beberapa platform video lain seperti YouTube dan Facebook.



Jika anda berminat dengan peranti yang bakal dilancarkan ini, anda boleh mendaftar minat secara percuma untuk menerima berita terkini tentangnya, serta menebus gelang kecergasan Galaxy Fit 2 bernilai RM179. Pendaftaran minat boleh dibuat di laman web www.samsung.com/my/unpacked.

Di dalam gambar yang dikongsi Samsung, terdapat sebuah kotak empat segi lutsinar dengan benda berwarna hitam. Jika diteliti, benda hitam tersebut menyerupai modul kamera Galaxy S21 di dalam gambar yang telah terbocor sejak bulan Oktober tahun lepas.



Dari beberapa berita yang terbocor ini juga, Samsung dikatakan akan melancarkan tiga model di dalam keluarga Galaxy S21 iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Galaxy S21 dan S21+ dilihat memiliki persamaan dalam semua aspek, kecuali di saiz skrin dan mungkin bateri.

Galaxy S21 dan S21+

Galaxy S21 Ultra pula, akan memiliki set kamera yang berbeza, serta dikatakan akan menyokong penggunaan S Pen padanya. Walaubagaimanapun, S Pen tidak akan disertakan serta tiada tempat menyimpan khas di dalam telefon.

Galaxy S21 Ultra

Samsung dijangka akan melengkapi siri Galaxy S21 dengan kuasa pemproses terbaru mereka, Exynos 2100 5nm serta Snapdragon 888, bergantung kepada negara jualan. Menurut kebiasaan, Malaysia akan menerima versi Exynos, bukannya Snapdragon.

Lebih menarik lagi, ada ura-ura mengatakan Samsung akan mengikut jejak langkah Apple dengan tidak memberi kepala pengecas dan fon kepala di dalam kotak. Perkara ini mungkin terjadi melihatkan Xiaomi sendiri telah melakukannya pada Mi 11 yang baru mereka lancarkan minggu lepas.

Jika Samsung melakukannya, adakah mereka akan mengekalkan harga atau menjadi lebih murah supaya kepala pengecas boleh dibeli berasingan? Kita nantikan pengumumannya pada 14 Januari kelak, jam 11 malam waktu Malaysia.

Tempahan awal di Malaysia dijangka akan turut diumumkan selepas pelancaran tersebut. Jangan lupa untuk mendaftar minat sekarang supaya anda boleh menerima Galaxy Fit 2 percuma semasa tempahan awal nanti.

Bacaan Berkaitan

Samsung Galaxy S21 dijangka tiada pengecas dan fon telinga di dalam kotak
Gambaran rupa telefon Samsung Galaxy S21 dan S21 Ultra akan datang
Samsung akan lancar cip Exynos baru untuk saingi Snapdragon 888
Tags: samsungSamsung Galaxy S21
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung akan melancarkan siri Galaxy S21 pada 14 Januari

Samsung akan melancarkan siri Galaxy S21 pada 14 Januari

4 January 2021
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER