• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Adobe

Cukai 6% terhadap pelanggan Adobe Creative Cloud dikenakan bermula 1 Januari

  • OLEH Najib
  • 4:33 pm
  • 16/12/2019
  • Komen
Cukai 6% terhadap pelanggan Adobe Creative Cloud dikenakan bermula 1 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Pelanggan perisian Adobe Creative Cloud akan mula dikenakan cukai perhidmatan 6% bermula 1 Januari 2020. Ia selaras dengan Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan (Perkhidmatan Digital) 2019 yang diumumkan pertama kali pada tahun lepas. Cukai ini dikenakan kepada perkhidmatan digital seperti langganan perisian Adobe Creative Cloud.

Menurut Adobe, bil pengguna akan datang akan menyenaraikan cukai baru ini dan tidak mengubah harga langganan semasa. Menurut soalan lazim FAQ, perkara ini melibatkan bil bermula Januari 2020. Jika anda telah membayar lebih awal untuk pelan tahunan, cukai ini akan mula dikenakan pada langganan seterusnya.



Buat masa ini, semua perisian di dalam Adobe Creative Cloud dikenakan caj langganan RM236/bulan bagi pelan tahunan dan RM2,664 jika dibayar penuh untuk setahun. Langganan bulanan biasa pula perlu membayar RM353/bulan. Dengan tambahan cukai 6%, ia menjadikan pelan tahunan kepada RM250.16, kenaikan sebanyak RM14.16 sebulan.

Sebelum ini, Google, Amazon dan Facebook telah menghantar notis akan mengenakan cukai digital 6% kepada pengguna bermula 1 Januari 2020. Penyedia perkhidmatan digital lain terutama sekali buat pengguna biasa, seperti Netflix, Spotify, Steam dan Apple masih belum mengumumkan akan mengenakan cukai digital 6%.



Sumber: Adobe

Tags: AdobeAdobe Creative CloudCukai Digital
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Cukai 6% terhadap pelanggan Adobe Creative Cloud dikenakan bermula 1 Januari

Cukai 6% terhadap pelanggan Adobe Creative Cloud dikenakan bermula 1 Januari

16 December 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN