• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Realme Buds Air dan Realme 5i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari

  • OLEH Najib
  • 11:36 am
  • 08/01/2020
  • Komen
Realme Buds Air dan Realme 5i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijangka sebelum ini, Realme Malaysia akan melancarkan dua produk baru mereka di Malaysia bagi membuka tirai tahun 2020. Produk tersebut ialah fon kepala wayarles Realme Buds Air yang sangat mirip dengan Apple Airpods serta telefon pintar Realme 5i yang baru diperkenal di Vietnam awal minggu ini.

Majlis pelancaran kedua-dua produk baru Realme ini akan diadakan pada 14 Januari 2019. Selain harga dan tarikh mula jualan, sudah pasti Realme akan berkongsi maklumat tentang promosi awal untuk produk ini di acara tersebut.



Realme Buds Air (RMA201)

Realme Buds Air adalah fon kepala TWS pertama dari Realme, dengan rekaan yang sangat serupa dengan Apple Airpods. Ia telah dilancarkan di India pada penghujung tahun lepas, dengan harga INR3,999 (~RM233) sahaja. Realme menghasilkannya dalam tiga warna iaitu putih, hitam dan kuning.

Menurut Realme, ia miliki hayat operasi selama 3 jam tetapi bekas penyimpannya boleh memanjangkan hayat kepada 17 jam waktu operasi. Fon kepala ini memiliki permukaan peka sentuhan yang boleh digunakan untuk kawalan seperti bermain atau hentikan muzik serta menyeru pembantu maya.



Menariknya, Realme Buds Air memiliki fungsi penyaring hingar, tetapi ia bukanlah dari jenis aktif. Realme menggelarkannya Environment Noise Cancellation dan hanya digunakan sewaktu anda lakukan panggilan telefon. Fon kepala ini juga menyokong pengecasan wayarles pada bekas penyimpannya, walaupun ia masih tidak memiliki telefon pintar yang menyokong pengecasan wayarles.

Realme 5i (RMX2030)

Realme Vietnam telah melancarkan Realme 5i pada 6 Januari 2020. Dari situ, kita beroleh maklumat mengenai spesifikasi telefon yang akan tiba di Malaysia.

Dari rupa luar, ia nampak sangat serupa dengan Realme 5 dan Realme 5s. Terdapat empat kamera di belakang bersama pengimbas capjari fizikal. Tetapi kemasan belakang sedikit berbeza kerana Realme 5 menggunakan kemasan bercorak berlian, tetapi Realme 5i tidak. Di depan pula, skrinnya memiliki takuk kecil di atas untuk menempatkan kamera hadapan.

Realme 5i memiliki skrin berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+. Ia dikuasakan pemproses Snapdragon 665 bersama bateri besar 5,000mAh. Terdapat dua variasi yang dilancarkan di Vietnam, RAM 3GB dan storan 32GB serta RAM 4GB dan storan 64GB.

Perbezaan Realme 5 dan Realme 5s ialah kamera. Begitu juga di Realme 5i. Telefon ini memiliki kamera belakang dengan kamera utama 12MP, sama seperti Realme 5 tetapi berbeza dengan Realme 5s menggunakan kamera utama 48MP. Tiga lagi kamera adalah sama iaitu kamera ultra lebar 8MP, kamera potret 2MP dan kamera makro 2MP. Perbezaan Realme 5i dan Realme 5 ialah pada kamera hadapan, iaitu kamera 8MP di Realme 5i berbanding 13MP di Realme 5 dan Realme 5s.

Terdapat dua warna Realme 5i yang ditawarkan di Vietnam iaitu hijau dan biru. Harganya pula VND 3,690,000 (~RM652) bagi RAM 3GB serta storan 32GB, dan VND4,290,00 (~RM755) dengan RAM 4GB dan storan 64GB. Ia mungkin berharga lebih rendah di Malaysia memandangkan harga Realme 5 dengan RAM 4GB dan storan 128GB baru RM649 dan Realme 5s pula RM799.

Tags: RealmeRealme 5irealme buds air
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Realme Buds Air dan Realme 5i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari

Realme Buds Air dan Realme 5i akan dilancarkan di Malaysia pada 14 Januari

8 January 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN